@azyyatiliah

Autumn 2015 : Day 5 | Namsan Tower & Myeongdong



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”. Hari pertama di SEOUL.


Welcome to SEOUL!!!


Hai semua. Episod di Pulau Jeju telah selesai. Harini nak sambung cerita di Seoul pulak. Seoul negara 4 musim. Autumn musim pilihan. Masha Allah, tengokla carta aliran Seoul Metro Subway ni, complicated tapi mudah untuk fahami (jika guna apps). Tengok laluan subway je dah tahu yang Seoul ni sangat maju dan canggih dalam sektor pengangkutan. Subway ni ada 10 gerabak. Setiap gerabak ada 4 pintu! Then ada 18 laluan yang berbeza. Setiap laluan dah hampir sampai segenap pelusuk Seoul. Canggihh! Sementara menanti Subway tiba, anda boleh tengok skrin rata kedudukan subway terkini di mana. Lagi impress tidak lambat atau cepat sesaat pun ketibaan subway. Daebaaakk! Disebabkan itu subway ni pengangkutan utama di Seoul Korea. Untungglaaaaaaa rakyat Korea. Tak perlu nak beli kenderaan. Agaaknya bila Malaysia nak mencapai taraf sebegini?


"The Seoul Metropolitan Subway has been described as the world's longest multi-operator metro system by route length (987.5 km). The system was rated as one of the world's best subway systems by CNN, and Jalopnik. It is notable for its cleanliness and ease of use along with advanced technology such as 4G LTE, WiFi, DMB, and WiBro accessible in all stations and moving subway cars. Most trains have digital TV screens, and all of them have air conditioning and climate controlled seats installed that are automatically heated in the winter." - Wiki



Selamat touchdown Gimpo Airport. Dari Gimpo Airport naik Subway untuk turun di Myeongdong. Jarak perjalanan lebih kurang 45 minit. On the way nak ke Myeongdong lega sangat hati, bila tengok pokok kiri kanan jalan masih ada warna-warna autumn (ingat dah tinggal ranting). Tidakla macam di Jeju. Semua pokok warna hijauuu.



Tiba-tibakan rasa bersyukur sangat. Ya Allah, aku dah jejakkan kaki di bumi Seoul, Korea? Sungguh tak percaya. Sebelum ni hanya kenal Korea dengan drama 'Full House' sahaja. Terima kasih Ya Allah atas peluang ini. (lepas ni Le Tour Jepun dalam mimpi. Doakan kami!!)


Camne nak gerak dari Gimpo Airport ke Myeongdong

1. Dari Gimpo ambil subway ke Myeong-dong (menghala ke Digital Media City, Hongik Univ, Gong Deok station) -> Exit di Seoul Station.

2. Amik subway line 4 ke Myeong-dong station (Line 4) and take Exit No 3.





Camne nak pergi Namsan Guest House 3

1. Keluar Exit No.3 nampak 7E. Follow jalan tersebut.

2. Jalan terus sampai nampak Pacific Hotel ambil jalan belah kanan hotel. Maknanya hotel ada di belah kiri kita. Jalan terus sampai nampak Namsan Guest House 3.

Buh dalam itinerary siap-siap anggaran jarak station Myeongdong dengan Namsan GH 3 Senang nak agak lokasinya di mana
Lokasi Namsan Guest House 3


Di Seoul, Namsan Guest House 3 yang jadi pilihan. Pilihan ramai rakyat Malaysia. Jadi, kita gunakan je template yang sama. Hehe. Senang nak shopping. Balik dari berjalan siangnya, malam boleh terus terjah Myeongdong. Myeongdong ni pusat fashion trendsetter di Seoul. Zara, H&M, Lotte Department Store, Migliore, Avatar, High Harriet dll ada di Myeongdong. Lubuk shopping untuk semua golongan. Bukan itu saja, orang kata, syurga kosmetik pun kat sini jugak. Lagipun Myeongdong saaaangat happening pada waktu malam. Kedai tutup lambat, tak tutup pun ada. Pendek kata mereka ni tak tidurla. 

Kedua, memang nak GH yang tak perlu seret kaki naik bukit. Namsan GH3 ni antara GH yang tak perlu nak mendaki dan agak dekat dengan subway Myeongdong. Bersyukur sangat sebab buat pilihan yang tepat! Serius taklarat nak seret kaki lepas 4 hari memanjat tangga di Pulau Jeju nan indah itew. Tapak kaki rasa berdenyut sangat dah ni. Selesai check-in, kiteorang solat dan makan alas perut dulu. Ikut itinerary, petang ni pergi N Seoul Namsan Tower. Tower ini tingginya 236,7M dan 479,7 M jika ketinggian dari aras laut. Jom!

Camne nak pergi N Seoul Namsan Tower dari Namsan GH 3


1. Keluar GH pusing kiri straight terus naik ke atas bukit. Ada signboard. Ikut ajerla signboard. Tau-tau dah jumpa tangga kayu. Naik tangga jalan sikit lebih kurang 250m jumpa pintu tempat tiket cable car. Perlu naik cable car untuk ke gunung Namsan. 


Nampak dah cable car ke Namsan Tower. Harga cable car 6000W sehala. Roundtrip 8500W. Melayang 17,000W round trip untuk 2 orang. Mujurla q tak panjang. Dalam 4.40pm kami naik cable car ke atas.



Sungguh jakun masa ni =p

Where dreams come true

Ohhh, i'm in love!

Can't get over autumn's colors =)

Amahzing view. Panjat tangga lagi untuk ke Love Padlocks

Love padlocks at N Seoul Tower. I should hang mine now

Namsan Tower locks of love
"N Seoul Tower is one of the iconic symbols of Seoul. This place has now become a popular date spot for couples. Like the Pont Neuf bridge in Paris, couples head to the tower to lock their "padlock of love" onto the railing and to dream that their love will last forever. Across the world, there are about 40 attractions decorated with "padlocks of love." N Seoul Tower is just one of them. This place is also for families as well as couples. Parents who visit the tower with their children lock their own padlocks to the railing, symbolizing the love and harmony of their own family. " - Korea.Net

Weeee. Finally dapat bertentang mata dengan daun maple & ginkgo. #jakunlagi

Namsan Park Information Board

Namsan Park

N Seoul Namsan Tower

Palgakjeong gazebo
Because love padlocks is too mainstream,
kita tulis love note atas tile dan tepek di dinding
Lets checkidout the teddy bear shop
View of Seoul from Namsan Park
View of Seoul at night from Namsan Park
Big Money Waste (BMW I3) ini sedang charging.


N Seoul Tower Observatory admission fee: 7,000 won. Takde bajet naik atas. Bajet ciput. Jadi kite lepak aje di Namsan Park makan Peringles sambil mata duk perati orang ramai. Seronok tengok 'Korean signature post' bila bergambar. Lepas matahari tenggelam kiteorang gerak balik GH. Sebelum pulang GH, kita dinner dulu. Asalnya mahu cuba makanan korea di sebuah retoren yang famous di kalangan rakyat Malaysia. Tapi ternampak menu ham di pintu restoren. Timbul rasa was-was. Kalau dah was-was tu eloklah elakkan. Tak jadi masuk. Perut lapar Ya Rabbi tak tahu nak cakap, kepala dah pening. Masa tu Allah gerakkan hati untuk berhenti depan lif. Ternampak HALAL di pintu lif. Restoren Tibet nama Potala. Terletak di Tingkat 4 di Myeongdong Street. Jadinya malam tu kita dinner di Potala Restaurant yang bercitarasa Himalaya. Oklaaahhh.

It's halal restaurant in Myeongdong
Rice 1 unit (big portion) - 2500W
Manchu - 11,000W
V.Pakora - 10,000W
Total: 23,500W
Vegetarians menu!

Masuk dalam restaurant. Wow. Suasana ala-ala TIBET. Tiba-tiba mood bertukar jadi romantic. Suasana dalam restoren.. senyap...hening.. aman damai. Cahaya lampu kekuningan tapi cukup terang cahayanya di meja makan. I like macam ni. Kami order menu vegetarians. Saja nak cuba. Alhamdulillah tidak mengecewakan. Ada rasa Hot & Spicy. MashaAllah. SEEEEEDAAAP bangat nih! Husband memang suka sangat dengan menu ni siap ajak datang lagi esoknya. Waiter pun peramah. Memang boleh bagi 4.5 bintang restaurant nih! Confirm repeat lagi esok lusa. 


Super busy Myeongdong Street
Then sambung lagi cuci mata. Bagi anda yang mencari barangan kosmetik dan kecantikan yang berkualiti, popular dan berpatutan, Myeongdong adalah tempat WAJIB pergi. Produk natural dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia;  Nature Rebuplic, Food Skin, The Face Shop, The Body Shop, Innisfree, Laneige dan banyak lagi. My favourite is Innisfree. Promoter kat sini memang gigih buat promosi. Keluar kedai, promote barang, suruh cubalah, bagi free giftla..jangan ambiklah nanti kene tarik masuk kedai. Unless kalau korang nak beli  boleh buat2 berminat =)
Holika Holika 50% Diskaun. Serbuuu!!!
Shopping! Shopping! Shopping! Sampai berdarah anak mata.

Oppaaaa pulak photobomb!

Sebelum balik GH, masuk UNIQLO shopping barang sikit. beli Baju dan seluar heat tech. Abih 30,000W lebih. Untuk pengetahuan korang, jika cukup 30,000W dan ke atas dalam 1 resit dapat TAX REFUND (ambil di airport Incheon nanti). UNIQLO ni brand Japan, ikutkan Japan tak jauh mana kot dengan Korea. Tapi beli di Malaysia lebih murah pulak. Harga di sini sedikit mahal dengan jurang perbezaan yang kecik je. Tapi kalau UNIQLO buat SALE kat Malaysia, memang rugi banyaaaklee. 

Awekss kat sini suka betul carry bag MCM (Modern Creation Munich). Besar butiknya (2 tingkat) kat Myeongdong ni. Pastu aweks kat sini cun melecun belaka. Nak menangis tengok kulit depa yang floles tu. Selesai cuci mata balik GH. On the way balik jumpa orang mabuk. Mujur tak kacau orang. Ohh dengan muntah diorang selambak atas jalan. Mujur tak muntah sama. Hmmm... sebersih-bersih korea ni..bersih lagi Hong Kong!!!!!


Ok sambung day 2 esok ya.

5 comments:

  1. bestnya!!!!! geram pulak kte... yosh~ cepat la duit sy banyak nih :P

    ReplyDelete
  2. UNIQLO sana lebih mahal ?? =O huurm.. but yes.. in Malaysia actually UNIQLO tu da murah and ohsem dah.. superb..

    ReplyDelete
  3. kalo amek je sample lepas tu blah boleh ? ngeh3.. best la borong mekap kat sini kan.. memang murah ke guano ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti,
      Ambik sample kene tarik masuk dalam kedaai! Sekarang macam tak best nak shopping. Sebab duit Won mahal. Tips dia shopping kat aiport duty free atau lotte dutty free kat Myeongdong (memang penuh dgn orang dari negara cina *fengsaaaan*. Harga memang jauh lebih murah & baru berbaloi (tapi sample takdela). Nanti akk update kt blog.

      Delete