@azyyatiliah

Autumn 2015 : Day 6 Part 2 | Petite France & The Garden Of Morningcalm

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”. Masih hari KEDUA di SEOUL.

Sambungan dari PART 1: Nami Island


Kat mana nak tunggu Gapyeong Tour shuttle bus yang pergi Petite France?

Kat mana turun tadi, kat situ jugakla tunggu (dekat dengan GS25). Cumanya perlu cross jalan. Sila beratur depan 7 Eleven.


Dalam bas nanti duduk belah kiri bus (belakang driver) untuk lihat pemandangan musim luruh yang sangat ohsem!


Tiba di Petite France jam 1pm.





Petite France Info

1. Tiket masuk guna kupon 6,000W per person. Harga tanpa kupon 8,000W.

2. Ada tempat solat di (2F, H dong). 

3. Waktu operasi: 9.00am - 18:00pm

4. Tempat shooting drama Beethoven, Secret Garden, My Love From The Star dan reality TV show Running Man. (nak confess ni....satu drama pun tak pernah tengok. Kohkohkoh).



Sejam lebih kiteorang berjalan kat sini. Bosan gak sebenarnya. Macam tak menarik sangat sebab tengok bangunan dan barang-barang. Takde scenery. Keluar Petite France tunggu bas ke The Garden of Morningcalm. Tak perlu cross jalan. Tunggu je dekat bus stop tepi Petite France tu. 

Dalam 1.45 macam tu kiteorang sampai di The Garden of Morningcalm

The Garden of Morningcalm Info

1. The Best Garden in Korea

2. Keluasan 330,000m persegi. Ada 20 themes garden.

3. Musim luruh - festival of Chrysanthemums

4. Tiket 7,000W per person jika guna kupon. Harga asal 9,000W

5. Waktu operasi: 
Mid Mac - Nov : 8.30am - Matahari terbenam
Dec - Mid Mac : 11am - 9pm



Kalau korang pergi trip ke Nami Island ketika Autumn, jangan lupa tau singgah di The Garden Of Morningcalm ni. The Best Garden in Korea. Macam nak histeria kegembiraan bila jejakkan kaki kat sini. Sebab manyak mungaaaaa dan pokok-pokok hijau. Pokok-pokok bonsai sini unik dan cantik. Ada yang dah berusia beratus tahun lamanya. The Garden Of Morningcalm ini dijaga dengan rapi. Bertuah rakyat Korea Selatan punyai taman yang begini cantik dan indah. Paling ohsem siap ada muzik-muzik nyaman menyegarkan berkumandang sekitar garden ni. Rasa betul-betul mendamaikan. Rezeki sangat berkesempatan datang ke sini.

Next stop ialah Gapyeong Terminal. Hentian terakhir. Jadi perjalanan ke sana agak lama. Jangan lupa masa balik ni duduk di seat belah kanan bas untuk lihat pemandangan musim luruh di Korea Selatan yang sangat menakjubkan! MashaAllah. 

Tiba di Gapyeong Terminal lebih kurang jam 4.40PM. Beli tiket ke Chuncheon 춘천 . Harga 2,900W seorang. Kami beli di vending machine. Jangan risau ada English option. Kat sini tak tahu nak naik bas mana satu. Kaunter pun dah tutup. Mujurla ada ahjussi tu bagitahu kat mana nak tunggu. Walaupun dia cakap Korea kiteorang cakap Melayu, kikiki sedaya upaya dia explain nak bagi kiteorang ni paham. Bila dia blah, kami dah konfius balik. Macam banyak pulak bus yang berhenti kat tempat dia bagitau tadi. Mujurla ada lagi seorang ahjussi (balik kerja) ni bagitau yang dia pun naik bas yang sama (agaknya kesian sebab semua bas yang berhenti kat tempat tu, suami pergi naik tanya tunjuk tiket). So nanti ikut je diaaaa. Fuhhh! Lega. Selesai masalah. Perjalanan dari Gapyeong ke Chuncheon lebih kurang 25 minit. Bas dia memang selesa tip top ahhh. Option lain naik subway (sila survey sendiri. Hihi). 


Daebak sangat! Tiket bas pun beli di vending machine. Barulah negara maju namanya. Semua kemudahan untuk rakyatnya. Tak macam Malaysia, semua duit rakyat masuk dalam poket menteri. GERAMMMM!

Sampai di Chuncheon Station, kiteorang jumpa ramai rakyat Malaysia yang rupanya nak pergi Sokcho jugak malam tu. Yang satu group tu dah pernah jumpa sebelum di Seongsan Ilchulbong Jeju. Mujurlah jumpa rakyat Malaysia yang peramah bila di negara orang ni. Tips: Kalau dia tak tegur kita, kita tegur dia. Gituuuu. Alhamdulillah kiteorang semua dapat bas 2nd last (18:30pm) untuk hari tu. Harga tiket bas (non-stop) ke Sokcho 속초  13,400W seorang. 2 jam travel baru sampai Sokcho. 

Jadual bas ke Sokcho: 07:30, 09:00, 10:30, 12:00, 13:30, 14:50, 16:00, 17:20, 18:30, 20:00.

Jadi kita lelap mata jup untuk 2 jam sementara nak sampai Sokcho.  Till then Wassalam =)

No comments:

Post a Comment