@azyyatiliah

Jeju Road Trip Nov 2015: Day 4.2 Terowong Lava Manjanggul & Pantai Weoljeongri




Settled di Pulau Udo, kita ke Manjanggul Cave. Sama seperti Udo, takde dalam itinerary, tapi Alhamdulillah ada rezeki untuk pergi. Antara tempat wajib pergi jika berada di Jeju. GPS No: 7107903


Dalam perjalanan jumpa banyak kincir angin gergasi a.k.a air turbine.
Jakun sekejup bila tengok depan mata. Selalu tengok kipas angin je.
Jeju ada banyaaaak angin kan!
Manjanggul Lava Tube di Pulau Jeju, dikatakan gua lava paling cantik di Korea Selatan.
Tiub lava ni sejauh 7.4 km.
Wujud sejak 200 - 300 ribu tahun dulu.
Kini telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. 

Tiub lava ni saluran yang terbentuk akibat laluan 
magma mengalir keluar dari bumi ketika aktiviti letusan gunung berapi.
Setelah lava magma mengalir keluar, saluran ini menjadi saluran kosong yang akhirnya menjadi terowong lava terbesar di dunia. 
Kita nak masuk dalam terowong macam dalam gambar ni le.

Informasi berkaitan Geomunoreum Lava Tubes

Harga Tiket: 2,000W seorang

Mulut terowong sangat besar! 23 meter lebar dan 30 meter tinggi!
Jadi, tak perlu nak merangkak or meniarap.  
Sebenarnya pintu Manjanggul ada tiga. Wujud akibat tanah jerlus. 
Tapi hanya pintu kedua yang dibuka sejauh 1km untuk kita-kita pelancong ni. 


Tadaaaa. Inilah terowong lava terbesar di dunia! Fuhhh.
Suhu purata dalam gua ni maintain antara 11-21C.
Kelembapan antara 85 % dan 100 %.
Cahaya lampu malap-malap aje yang menerangi dalam gua.
Nak ambil gambar pun susah sebab gelap. 
Ini gambar cuba jaya yang tak berapa berjaya. 


Inilah lantai gua. Mujur pakai jaket tau, sebab suasana dalam gua ni sejuk dan lembap.
Kasut kena pakai yang selesa. No high heels okeeey.
 Lantai terowong ini sangat tidak rata dan sekata. 

Ada sesetengahnya berair. Lopak air pun ada.
Depan mata kiteorang ada yang jatuh terpeleot kakinya.
Memang perlu berhati-hati.


Lajur lava menakjubkan ini setinggi 7.6 meter! dan yang terbesar diketahui di dunia. 
Boleh bayangkan camne magma/ lava memenuhi gua. Takutnya.


Dalam terowong ni kita akan jumpa banyak bentuk lava yang menarik.
Ada yang bentuk penyu, bentuk pulau jeju, bentuk ibu jari kaki dan sebagainya.
Ada juga jumpa runtuhan lava yang mengeras dan sekali sekala boleh pandang di bumbung terowong. 

Terowong ni sejauh 1km ke dalam. Jangan lupa tambah lagi 1km untuk balik.
So sediakan tapak kaki sekuatnya!


Nah, ada tempat berehat kalau penat. Ada bangku lagi uols. Tapi takda siapa pun sudi nak berehat. Dalam fikiran nak cepat sampai dan nak cepat habis. Makin lama berjalan, terasa makin masuk jauh ke dalam terowong. Makin menyeramkan. Haihla macam-macam banyangan muncul dalam minda. Cemana kalau tiba-tiba terowong runtuh. Takpun tiba-tiba air laut masuk dan memenuhi ruang gua, cemana nak lari nanti. Takpun lantai gua ni crack dan terjatuh dalam kerak bumi. Opppps. (Nilah akibat bila banyak tengok movie kat FOX dan HBO).


Creepy betul terowong ni. Makin nak sampai hujung makin gelap gelita. Kata tumpuan pelancong. Tapi tak ramai orang pun. Sebelum masuk dalam terlupa pulak nak tanya mr google apa sebenarnya yang ada di hujung jalan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tiub lava terbesar di dunia di dalam gua Manjanggul .


Inilah yang ada di hujung jalan. Umpama menara lava yang besar! Lava yang telah mengeras membeku beratus ribu tahun lamanya. Magnificent! MasyaAllah. Masih ada sampai sekarang. Lepas ambik gambar sekeping dua. Cepat-cepat jalan keluar. Rasa tak sabar nak tengok semula matahari.




Finally, sampai semula mulut terowong. Lega. Lega.


Jangan risau ada lampu sepanjang jalan. Cuma ada yang lampu malap, ada lampu terang, ada lampu LED. Penanda jarak juga diletakkan. Telefon kecemasan pun ada. Nak bawa anak-anak pun boleh. Berdasarkan pemerhatian, ada juga yang menangis, maybe takbiasa dengan keadaan gelap dan malap yang begitu lama. 2km pergi balik tuh! Yang ada stroller macam tak yakin je boleh masuk dalam ni kalau dah lantai lopak-lopak begitu kan. 


Sepanjang 45 minit di dalam terowong lava bawah tanah yang terbesar di dunia ni merupakan pengalaman paling rare seumur hidup! Datang sini dan rasa sendiri ya. Alhamdulillah tak jumpa sebarang binatang pelik-pelik sepanjang dalam terowong ni. Risau kalau jumpa kelawar. Hewhew. Or spider. 


Next ke mana kita?  Kiteorang plan nak cari pantai. Sebab tak puas menikmati pantai di Udo Island. Banyak pantai-pantai cantik dan terkenal di sekeliling Jeju ni. Tapi ada satu pantai ni yang selalu disebut-sebut orang iaitu Pantai Weoljeongri / Woljeongri Beach. Pantai ni terletak di belah Timur Pulau Jeju. Setelah google, rupanya pantai ni tidak register sebagai tempat pelancongan. Jadi memang takde informasi tentangnya. Tiada signboard dan tiada GPS ke tempat ini. Camne nak cari? 


Mula-mula cuba juga cari dalam GPS, dia bawak kami pergi depan Jeju City Hall dalam bandar. Alang-alang tu checked-in terus Yeha GH untuk letak beg dan solat. Then keluar semula sebab hari masih siang. Disebabkan nak cuba sekali lagi, dari Yeha GH kiteorang lalu jalan pantai. Hanya berpandukan google map. And Alhamdulillah finally jumpa juga. Rupanya tak jauh pun dari Manjanggul Cave tadi. Lepas keluar Manjanggul Cave terus kena masuk jalan pantai. 


Inilah Weoljeongri Beach yang disebut-sebut tu. Pasir memutih dan air yang turqoise jernih.


Panas tapi sejuk jugak. Pantai Woljeongri di Jeju sangat-sangat bersih. Boleh nampak giant air turbine dari sini.


The freedom of doing what you want and where you want to go, 
is the true meaning of travelling


Syok pulak tengok pasangan Korea depan tu duk bergambar dengan aksi-aksi comel.
Pelik tapi comel je cara depa ni posing.
Boleh nampak sesama mereka penuh dengan bunga-bunga cinta! Ahakss.


Kemeriahan di Woljeongri Beach.
Takde siapa nak terjun laut musim-musim macam ni.
Sejukkk woooo. Hanya Haenyeo (sea women) sahaja yang mampooo.
Yang lain mampoo tengok.

Semua kereta kat sini warna putih! dan bila tinjau kebanyakkan semua ada GPS di dalam.
Pelancong leeettew.


Kat sini ada GS25.
Beli Milkis, beli susu pisang, beli Peringles (import dari Malaysia sebab ada halal JAKIM)
then lepak 1 jam lebih kat sini tanpa berbuat apa-apa. 
Hanya menikmati keajaiban Tuhan sepuasnya.
Best! 

Lepas lepak, lari-lari celah sotong ni sebab kene kejar dengan suami.Ok tipu. 
Itu hanyalah khayalan semata.

Makan malam di Loving Hut Jeju - Vegan Restaurant

Bila matahari dah melabuhkan tirai, kami decide untuk dinner di Loving Hut sebelum pulang ke GH. Untuk makan-makan nanti kita buat satu entry khas ya. 




2 comments:

  1. Oh besar ye sotong tu? tu cara diorg buat sotong kering ke? hihihi..

    ReplyDelete
  2. Waa... cantiknya... nk sgt pegi woljeongri beach ni tp takut sesat... 😆😆

    ReplyDelete