@azyyatiliah

Jeju Road Trip Nov 2015 : Day 3.2 Mari panjat Mount Hallasan!




Air terjun dah sudah. Tengok laut dan pelabuhan pun dah sudah. Sekarang mari panjat Mount Hallasan pulak! 


Any preparations for Mount Hallasan hike? No.
Apa persediaan mendaki Mount Hallasan? Takde buat apa2 persediaan pun. Nadaa~


Ni kira membuta tuli jugakla. Bayangkan takda training pun. Panjat Broga sekali seumur hidup. Itupun 7 tahun lepas. Bukit FRIM pun baru naik sekali seumur hidup. Tak yakin pun berkebolehan nak panjat gunung Hallasan ni. Kita tengokla sampai mana boleh naik dengan kesempatan masa yang ada. 


Taman Negara Hallasan terletak di wilayah Jeju-do, Korea Selatan. Merupakan taman negara ke-9 pada tahun 1970. Merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan. Ia telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2007. Ketinggian gunung Hallasan 1950m dari paras laut. Tempat tertinggi di Korea Selatan. 


Hallasan mempunyai 7 laluan pendakian (trail);

1. Eorimok Trail (6.8 km)
2. Yeongsil Trail (5.8 km) - Bermula dari Yeongsil Management Office (ketinggian 1,000 m) ke South Cliff Junction. Ia mengambil masa kira-kira 3 jam 15 minit untuk perjalanan sehala.
3. Seongpanak Trail (9.6 km)
4. Seokgulam Trail (1.5 km)
5. Gwaneumsa Trail (8.7 km) 
6. Donnaeko Trail (7 km)
7. Eoseungsaengak Trail (1.3 km)

Pemandangan yang cun sepanjang jalan di kaki gunung Hallasan. Sambil layan lagu kpop kat radio. Syahdu.


Setelah melalukan sedikit pembacaan, kami pilih Yeongsil Trail. Orang kata laluan terbaik untuk mendaki ketika Autumn. Laluan ini adalah kira-kira 3.7 kilometer , dengan mengambil 1 jam 40 minit. Perjalanan agak lama juga untuk kami sampai ke Yeongsil Management Office (ketinggian 1,000 m). Dalam perjalanan nampak daun warna warni. Barulah terasa macam bercuti di musim luruh! Jalan pun bengkak bengkok menguji keupayaan memandu. Mujurla Kia Morning merah ni larat naik tempat tinggi. 





Lebih kurang jam 9.30AM kami sampai di sini. Harga parking 1,000W dan teruskan lagi perjalanan ke atas. 10 minit kemudian baru nampak kereta banyak-banyak parking di tempat mula pendakian. Altitud ketinggian di sini 1280m. Toleh kiri kanan kulihat ahjumma dan ahjussi sedang bersiap-siap untuk mendaki. 



Kesilapan terbesar bawak handbang pergi mendaki! Ko ingat nak pergi supermarket bawak handbag? Nak panjat gunung weh. Patutnya tinggalkan aje dalam kereta. Kat sini selamat, takde orang pecah cermin kereta. Kat atas sana sesungguhnya ia menjadi beban dan terasa berat sangat nak pikul! Elok naik berlenggang. Jangan lupa selit energy bar sekeping dua dalam poket seluar.

1. Tempat mula mendaki. Good luck for hubby and I.
2. Baru start mendaki, udara sejuk dah memenuhi ruang trakea dan paru-paru. Kesejukan dah terasa sampai ke tulang sum-sum.
3. Baru mendaki 800m dah rasa semput dan nak patah pinggang. Haha.
4. Daun-daun dah berguguran. Yang tinggal hanya ranting kering yang sedia menanti kedatangan salji.

Breathtaking view. Masha Allah. Subhanallah. 

Jauhnya nak sampai ke atas. 

Selesai laluan berbatu, jumpa laluan bertangga pulak. Tapi tangganya pulak alahai tinggi-tinggi belaka. Pecahla lemak camnih.

Setelah hampir 1.5km mendaki baru sampai ke aras ini. Belum jumpa sebarang fauna lagi. Katanya 4000 jenis fauna ada di dalam Taman Negara Hallasan ni.

Bergamba dulu untuk melepaskan penat di tangga. Sesungguhnya penat yang amats! Beribu-ribu agaknya anak tangga dah naik. Rasa macam nak tercabut tapak kaki. Kembang otot peha dan labu betis.


Yang kat bawah tu bukan siap-siap hidang untuk sendiri makan. Tapi untuk dipersembahkan kepada Tuhan mereka. Sempatla kami tengok upacara sembahyang mereka. Ketuk-ketuk kayu, pastu rukuk berkali-kali. Eh sujud pun ada.

Muka suami yang kepenatan. Haha. Sabar you. 


Finally berjaya naik sehingga ke altitud 1,600m setelah mendaki hampir sejam lebih lamanya

Ada 4km lagi ke atas. Nanges! Tak larat dah nak naik tangga.


Suhu ketika ini sejuk Ya Rabbi. Yang penting ada coverage atas ni. Checked-in Facebook dulu! Live hupdate.

Sejam lebih mendaki baru sampai sini. Separuh perjalanan pun tak sampai lagi rupanya. Trail yang warna merah tu trail yang paling mencabar! Lepas ni warna hijau, patutnya senang sikit.

Finally berjaya juga naik setinggi ini. Bangga dengan diri sendiri.


Pemandangan di sini pun dah cukup ohsem. Di puncak Hallasan mesti lagi superb kan. Makan roti 2 keping dengan banana uyu pagi tadi habis dibakar jadi tenaga. Tak cukup lagi ada. Rasanya lemak-lemak terkumpul kat peha dengan pinggul pun mesti surrender. Hancur lebur juga jadi tenaga. Kudrat dah takde ni. 


Lepak jup bukak bekal isi tenaga. Makan nasi instant (masak dengan microwave kat 7eleven Cheonjiyeon Fall tadi) dengan sambal kentang sambil menikmati udara sejuk dari gunung Hallasan. Siap-siap makan suami ajak turun. Dah sampai sini pun pencapaian dah cukup bagus. Katanya sejuk sangat suhu atas ni. Air mineral dalam beg macam baru keluar peti sejuk. Tak dapat nak minum banyak. Cahaya matahari pun tak nampak sangat atas ni. Banyak kabus dan awan tebal. 


Mujurla pakai inner dan leggings Kathmandu (yang ada heat-tech, mengumpul haba badan kat dalam). Kurang rasa sejuk terutama di paru-paru dan kaki. Sedikit tips untuk pemakaian mendaki. Elok pakai sweater hoodie waterproof macam ahjumma dan ahjussi pakai. Kebanyakkannya dari jenama Columbia dan North Face. Ringan. Takla macam winter jacket GAP ni. Tebal dan berat! Ewah ko salahkan jacket pulak ke. Kasut pun pakai cap Columbia. Bukan cap PUMA yang buat jogging keliling taman masa hujung minggu. Nampak macam best-best je kasut Columbia ni.


 




Yay! Finally we did it walaupun separuh jalan -_- 

Sepanjang perjalanan mendaki hari ni kami takjumpa langsung orang Melayu. Orang Malaysia maybe ada. Mungkin kiteorang je yang takcam. Kebanyakkan ahjumma dan ahjussi yang panjat gunung lengkap dengan peralatan mendaki. Hujung minggu memang aktiviti diorang eh panjat gunung? Sempoi dan rilek je. Takla macam kami ni, naik setangga mengah, naik lima tangga berhenti. Kelaut sangat staminanya. Umur diorang ni walaupun dah 40-an, tapi kudrat mereka macam 20-an gayanya. Bentuk tubuh pun langsing dan keding. Nampak ringan. Kuat betul lutut depa ni. Sangat berbeza kan lifestyle Malaysian vs Korean. Sampai sekarang macam tak percaya dengan diri sendiri berjaya naik gunung Hallasan walaupun separuh jalan. Repeat? Takde harapan. LOL. 



Nak naik gunung kemain lama. Turun ke bawah rasa sekejup pulak. 11.30AM kami mula turun bawah. 12.00 tengahari dah sampai bawah. Cari convenient store tapi takda. Lepak-lepak sat ambik gambar. Bila jam dah pukul 1.00 tengahari, start kereta merah ke destinasi seterusnya iaitu Oedolgae Rock atau dikenali sebagai Grandmother's Rock atau Lonely Rock. Watever. Ada 5 jam je lagi waktu siang sebelum matahari terbenam. Ayuh!



No comments:

Post a Comment