@azyyatiliah

Resepi Pizza Roti Cara Mudah & Cepat



Selamat petang. Hai. Hai. Kite nak share resepi pizza roti cara mudah & cepat yang selalu kita buat all the time. Biasa kita buat untuk menu sarapan pagi atau makan malam. Sesuai agaknya untuk orang-orang yang berdiet. Bahan-bahan pun simple, mudah dan cepat sangat disediakan. Tak perlu complicated sangat. Tapi bare in mind rasanya BERBEZA SAMA SEKALI dengan jenama-jenama pizza yang terkenal di luar sana =) Tapi cukup sedap untuk sendiri dan keluarga tersayang makan. Gitu.



Are you ready?

Ok. Bahan-bahannya;

1. Roti Gardenia/Wholemeal
2. Sos tomato
3. Sayur-sayuran terpulang ikut kesukaan;
-Cendawan
-Tomato
-Capsicum
-Daun saderi
-Daun Bayam
-Brokoli
-Bawang
4. Cheesedale

Itu aje! LOLS. Dapat tak agak rupa pizza roti cara mudah & cepat ini?  


Langkah 1: Susun roti dalam dulang pembakar.  Sapu sos tomato life/kimball sebagai base

Langkah 2: Mula susun ikut kreativiti.

Langkah 3: Cadangan bahan; sosej, beef pastrami, beef pepperoni, BBQ chicken breast boleh guna jenama Gourmessa, kerana HALAL. Kemudian susun sayur di atasnya; brown mushroom, saleri, tomato, bawang, daun bayam, capsicum or watevelah yang dirasakan sesuai.

Langkah 4: Patah2kan cheesedale atas roti. Kalau letak mozarella cheese lagi mantop!

Langkah 5: Bakar ikut suhu oven masing-masing. Nak garing lagi, boleh bakar lebih lama

Tadaaaaa! Siap dimakan! Memang mudah & cepat sungguh. Boleh tabur blackpepper atau paprika di atasnya. Nyummsss! Pernah buat camni tak? Hehe. Lepas ni mesti korang dapat siapkan breakfast pizza roti ni dengan cepat dan pantas. Sebab nak sediakan pizza ni sangat ringkas!
Yang penting healthy dan kenyang. Banyak sayur mayur digunakan. Cara hidangan pulak dibakar. Makan panas-panas! Barulah suami dan anak-anak TERlebih sayang =)

TIPS: Selain itu, korang boleh guna juga Roti Pita (ada dijual di TESCO & Giant) sebagai ganti Roti Gardenia (serious memang kenyang ya amaaaats!) Ataupun boleh guna Mission Wrap - halal untuk efek rasa super thin and crispy pizza crust.

Enjoice your homemade pizza!!



2 comments:

  1. wahh...memang simple lah resepi pizza adik ni....akak nak try buat juga ni dik...

    ReplyDelete