@azyyatiliah

Resepi Ayam Berempah Paling Mudah, Paling Ringkas!


Assalamualaikum dan salam sejahtera =)

Pheww! Memerlukan komitmen dan kejituan paling padu untuk menaip entry pagi ini *mood malas*

Nak bocorkan satu rahsia ni, resepi rahsia ayam berempah paling mudah!

Iols suka menu begini, sebabnya menggunakan bahan-bahan yang simple, cepat disediakan, tak comot a.k.a tidak kecahkan dapur yang putih melepak tu. Dan paling penting ia menu sihat dan sedap menjilat jari. Tak percaya? Sila lakukan cubaan sendiri di rumah. 

Resepi ini Azie dapat dari seorang kawan. Tq darling dear sebab share resepi easy peasy ini (you know who you are).


Ayuhhh kita ke dapur!

Bahan-bahan A

Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kunyit
Serai

Adjust bahan ikut kuantiti ayam dan selebihnya ikut naluri masing-masing. 
Blend kesemua bahan di atas sampai hancur.
TIPS: Gunakan air yang sedikit ketika blend nanti berair pulak rempah ni

Selesai blend letak dalam satu bekas dan campur dengan cili kisar ikut tahap kepedasan masing-masing

Bahan B
Ayam

Lap ayam dengan tisu supaya ayam kering. 
So bila panggang akan jadi garing.
Perisakan ayam dengan garam & gula.
Sapukan sedikit olive oil pada ayam.
Perap ayam dengan bahan A selama 15-20minit.
Jangan lupa taburkan blackpepper atau mixed herbs - option
Bakar ikut kesesuaian oven masing-masing. 
200c untuk 40-45 minit (oven kecik)

Siap!



Jom tinjau oven dah masak ke belum.

Okeh siap!



Ringkas dan mudah kan? Sangat sesuai untuk orang-orang yang nak makan ayam bakar berempah homemade tapi nak kejar masa.

Kita lunch dulu ye.

Selamat mencuba =)

Psstt...esok kita share resepi mudah untuk breakfast pulak.

Tungguuuuu....


Update*: Ingat yang ni dah paling simple rupanya, ada lagi paling sempoiii. Refer SINI


2 comments:

  1. sedapnya dik.....nak buat pun senang....tq sudi kongsi resepi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis, ada lagi satu resepi yang lagi easy peasy dari ni. Nak try buat harini. Kalau jadi nanti Azie share resepi. Hehehe.

      Delete