@azyyatiliah

Cafe 9 di Petaling Jaya | Taste of Thai


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Oke hai! Cepat-cepat RSVP bila dapat tahu yang pada hari Sabtu akan ada food review session di Cafe 9, Petaling Jaya.  Aktiviti makan-makan ni bermula pukul 3pm. Belum pukul 3 Azie dan suami dah terpacak depan kedai *nampak tak excited sangat di situ*

Bila dapat tahu makanan yang disediakan 'TASTE OF THAI' terus terbayang-bayang makanan yang Azie dan suami makan di Bangkok. My feveret nih! Tom Yam especially. Suami pulak Thai Green Curry memang kesukaan dia. Kat Bangkok licin semangkuk Thai Green Curry dihirup suami!

Tak payahlah beleter panjang, biar gambar aja berbicara! Ayuh...


Ini lokasi / alamat;

CAFE 9, TASTE OF THAI
No 27, Jalan 17/45, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi
Rabu - Ahad: 11:00am - 10:00pm (SELASA TUTUP)





Lepas nih tak payah susah-susah nak terbang pergi Bangkok kalau mengidam masakan Thailand.  Pergi aje ke Cafe 9 di Petaling Jaya ni. Cafe 9 ini telah beroperasi lebih dari 10 bulan. Azie suka dekorasi cafe ini. Simple dan cukup cozy. Tapi amat mencabar untuk dapatkan parking. Barulah Petaling Jaya namanya!

Azie dah pergi dan rasa keenakan masakan Thai di sini. Authentic gittu. Kalau makan di sini boleh fefeling makan di Bangkok. Tapi dah tentulah di sini mereka dah adjust tahap kepedasan mengikut citarasa rakyat Malaysia. Tapi yang penting masih hangat dan enak! Yang bestnya Cafe 9 ini, semuanya dimasak fresh-fresh mengikut item kita order. Makan panas-panas gitu. Tak lama sangat pun tunggu. Berbaloi!




Untuk kopi mereka gunakan LAVAZZA kopi. Lavazza ni bukan sebarangan kopi tau, ia merupakan campuran dari jenis arabika dari Amerika Tengah dan robusta Indonesia. Harga pun boleh tahan. Tak caya? Pergi tengokla di Jaya Grocer tuh. 




Seronok bukan kepalang bila lihat menu kegemaran terhidang atas meja. Bila TASTE OF THAI, wajibla ada Tom Yam dan Thai Green Curry. Heh memang mengundang perut untuk makan! They deserve their own selfie. 


Green Curry Chicken – RM18.90

Tom Yum Sup
Udang sahaja : RM25.90 (R), RM45.90 (L)
Seafood : RM25.90 (R), RM45.90 (L)

Regular for 2-4 pax, Large for 5-8 pax

Green Chicken Curry Cafe 9 dah adjust ikut citarasa rakyat Malaysia. Rasa dia macam mana ek? Hmmm..tak pedas sangat dan rasa 'hangat' tatkala menghirupnya. Azie suka Cafe 9 punya version. Di Bangkok dan Krabi, Thai Green Curry nya ada terung pipit. Menyebabkan ada rasa sedikit pahit. Jadi yang ini berbaloi untuk anda cuba. 


Semua rakyat jelata pun sedia maklum yang Tom Yum adalah sejenis Thai sup yang ada rasa masam dan pedas. Azie expect yang lagi pedas dari ini. Namun gitu, rasanya tidak menghampakan. Fuh...kalau hirup ketika panas-panas ni, baru terasa nikmat di perut! 


Thai Pomelo Salad – RM20.90

Peneang Curry yang pedas menggigit! Tapi Nyummmms....

Massaman Curry Chicken – RM18.90

Massaman Curry Chicken ini antara kegemaran ramai. 'Very rich and very flavourful'. Tidak pedas. Kekacang yang terbaring sexy itu lagi menambahkan rasa Ummpph di situ. Makan dengan roti pun sedap. Memang enak lagi menjilat dasar pinggan!


Thai Style Fried Chicken Wings – RM16.90

Azie TERsuka pulak dengan Thai Style Chicken Wings ni. Mana tak suka, dalam chicken wings ni disumbat dengan sayur-sayuran yang segar dan grass noodle. (bihun panggilan #villagepeople). 


Beef Stir Fry – RM22.90
Black Pepper Thai Style


Stir Fry Squid Sam Rod – RM23.90
Yang ini sedap hokey. Recommended!


Dancing Fish:
Small for 4pax – RM44.90
Large for 6-8 pax – RM49.90




Bila tengok ikan ni berlingkar gini terus teringat rupa dragon yang ada di bumbung dalam The Venetian di Macau. Taktahulah apa relatednya. Haha. Oke, ini adalah ikan talapia goreng dimasak dengan garing. Dihidang dengan sayur, cili padi dan kekacang. Ditambah dengan perahan limau yang bagi rasa sedikit masam. Yang ni best!

Pla Nueng ManowSteam Seabass in Spicy Lime Sauce
Saiz kecil: RM45.90
Saiz besar: RM49.90

Thai Prawn Cakes (House Special) – RM18.90

Yang ni memang specialty di Cafe 9. Isi udang yang digoreng garing, tapi isi dalam still juicy dan lembut. Menu ini akan dimasak bila kita order (make-to-order), so confirm panas dan fresh bila masuk mulut. Jujurnya Azie tak sempat nak rasa Prawn Cakes ni :( Habis licin disambar orang. LOLS. Nampak sangat blogger's feveret. Jadi jika ke sini, ini antara menu yang WAJIB order.


Thai Otak Otak (Hor Mok) – RM23.90

Tak sangka Thai pun ada Otak-Otak. Campuran makanan laut (udang, sotong) yang diperap di dalam rempah otak-otak beserta dengan isi segar kelapa muda. Boleh bayang tak camane rasa dia? Kalau tak boleh bayang....start engine kereta zasss terus ke Cafe 9 hokey?

Sesungguhnya banyak betul hidangan yang disediakan oleh Cafe 9 di Petaling Jaya ni. Memang fengsan kekenyangan. Kuddos to them! Yang Azie perasan, penggunaan santan begitu meluas dalam masakan Thai ni. 





Air hijau tu namanya Calamari. Yang pink kehijauan ni...GUAVA ASAM BOI. Haaa..unik kan? Selama ni korang ingat apple je asam boi. Guava pun nak asam boi. Minum masa sejuk, fuuuuuuh nikmat dia wa cakap lu! Kalau nak rasa, cepat visit Cafe 9.




Happy joy joy! Tak tahu nak describe macam mana lagi. Harap-harap dapat join lagi lepas ni. Terima kasih Stella sebab snap this photo. Dicaptured buat kenangan. Mereka semua ini memang KAKI MAKAN! Thank you Foodink! 



Selamat menjamu selera!

3 comments:

  1. Sedap2. lepas ni boleh try boat noodle diorang pulak. Hehehe :)

    ReplyDelete
  2. Ada sijil halal ?

    ReplyDelete