@azyyatiliah

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Sedap di Village Park Restaurant


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Salam Isnin. Harap-harap kita semua tak kena penyakit Monday Blues ye pagi ini. Ayuh, Azie nak share tempat kami breakfast 2 minggu lepas. Kami makan nasi lemak ayam goreng berempah di Village Park Restaurant. Pernah dengar? Ala yang di Damansara Uptown tu. Tau kan? Lama sangat dah kami tak makan sini. Dulu masa tinggal di Damansara Perdana ada beberapa kali juga breakfast di sini. Sejak berpindah lama dah tak ke sana. Jom ke sana!


Driver of the day!

Village Park Restaurant (berdepan dengan Bank Rakyat)
No. 5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Business Hours/ Masa Operasi
7:00am - 8:00pm (Isnin - Sabtu)
7:00am - 6:00pm (Ahad & Cuti Umum)

No Tel: 03 - 7710 7860



Selebriti yang pernah ke sini

Kami sampai jam 8am pun dah beratur sikit punya ramai. Mujurlah ada meja kosong betul-betul tak jauh dari kaunter. Harapannya cepatla kami dapat order dan makanan cepat sampai . Apa yang kami order? Dah tentulah signature dish di sini;

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah RM9

Nasi lemak ini dialas dengan daun pisang. Agak big portion untuk wanita kecil macam saya ni. Katanya, nasi lemak ini menggunakan 3 jenis beras iaitu beras tempatan, beras wangi Thai dan beras basmati. Lebih unik nasi lemak ini tidak menggunakan terlalu banyak santan dan menggunakan air kelapa sebagai secret ingredient. Itulah rahsia untuk dapatkan tekstur nasi yang sempurna yakni tidak melekat, light & fluffy. Yummy! Nasi lemak ini tidak beraroma sangat tapi tekstur nasinya sempurna!




Ayam goreng berempah memang the bombs! Rasa rempahnya di mulut. Garing dan berkerak. Nampak tak penuh kerak dalam pinggan Azie. Ayam mereka saiz besar-besar belaka! Untuk nasi lemak ni nampaknya hanya bahagian 'whole leg' untuk serve pada customer. Mereka guna fresh chicken instead of frozen ones. Patutla ayamnya tender and juicy. Sedap! Disebabkan ayamnya agak besar, nasi dah abis dulu tapi ayam masih berbaki. Hehe.

Sambal cilinya ada rasa pedas dan tidak terlalu manis. Kalau anda suka nasi lemak dengan sambal cili tradisional ini bukan tempatnya.

Pemiliknya pasangan suami isteri chinese muslim dan istimewanya ia dimasak sendiri oleh pemilik restoren. 

Suatu ketika dulu pernah heboh restoren ini milik pengacara cantik yang kini berhijab iaitu Neelofar. Tidak pasti adakah Neelofar masih lagi share partner restoren ini?




Kalau anda nak tahu, restoren ini sangat ramai pengunjungnya. Disarankan jika mahu brekafast di sini datang seawal yang boleh. Sungguh! Tak tipu. Tempat ini crowded dengan manusia berbilang bangsa. Chinese memang suka makan di sini. Walaupun kedai agak besar, siap ada 2 lagi extra khemah di luar tapi masih tidak mampu nak menampung kehadiran pelanggan yang begitu ramai. Suasana agak bising. Jadi jangan marah kalau anda perlu tunggu 10 ke 15 minit hanya untuk ambil pesanan. Huhu. Susun atur meja terpaksa diatur begitu dan agak tidak selesa. Terasa macam makan di kanten sekolah. LOLS.

Selain itu, diingatkan restoren ini not a place for hanging around once you're done eating! Ramai lagi yang beratur nak tunggu meja. Jadi plis ada timbangrasa. 
  
Nasi lemak di sini seringkali menjadi sebutan ramai. Ada yang gelarkan The Best Nasi Lemak in KL, The Best Nasi Lemak in PJ dan macam-macam gelaran. Apa kata anda pergi dan rasa sendiri pengalaman ini :')

Next time pergi nak rasa Nasi Dagang Ikan Tongkol dan Asam Laksa *terliur*

Till then wassalam.



5 comments:

  1. nampak pun macam menyelerakan tiba-tiba terasa nak rasa... ha ha ha....

    ReplyDelete
  2. 10-15 min perlu tunggu...mahu kering air liur heeee

    ReplyDelete
  3. hehehe lama gak tunggu tp kedai famous makan sedap orang ramai la ye dak..
    goreng ayam kena kasi masak.. nnt kang x masak org komplen =D

    ReplyDelete
  4. Halo, saya dari Indonesia, suka sekali baca artikel anda yang informatif :)

    boleh saya tahu transportasi monorel, bus atau LRT untuk menuju ke restoran ini?

    Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diarysivika,
      LRT atau monorel ke sini enggak ada. MRT nya sedang dibikin.
      Busnya mungkin ada. Rapid KL U88.

      Delete