@azyyatiliah

SukaSucre Bistro milik Juara Masterchef Celebriti - Dato' Fazley Yaacob


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Salam Selasa. Hari ni nak jalan-jalan cari makan ke Bistro milik Juara Masterchef Celebriti Malaysia siapa lagi kalau bukan Dato' Fazley Yaacob. Jenama SukaSucre memang sudah lama wujud. Sebelum ini, SukaSucre boleh didapati di The Sumbs Cafe, Seksyen 13 Shah Alam. Tapi sekarang ni, boleh teruih pi Bistro SukaSucre by Fazley Yaacob di Wisma Ryu, Cheras.

Kebetulan (semua kebetulan kan) kiteorang mahu ziarah orang sakit di Cheras. Baru operate dan mahu COD Shaklee juge. Jadi bila dah ke sana bolehla cuba Bistro yang menjadi sebutan ramai ni. Bila lagi nak rasa masakan Juara Masterchef kan. Dulu-dulu asik Gulp! Gulp! Telan air liur tengok rancangan di Astro Ria.

Sekarang ni Gulp! Gulp! Telan air liur tengok menu-menu di Instagram +SukaSucre Bistro (Cheras) 

Takperlu cerita panjang, ini alamat dan lokasi Suka Sucre Bistro

SukaSucre Bistro
Wisma RYU
81, Jalan 2/90
Taman Pertama
Cheras, KL, Malaysia

Waktu Operasi: Selasa - Ahad; 12-7pm
Jika mahu RSVP boleh emelkan kepada rsvp@sukasucre.com
No Tel: 03-92017750

TIPS: Guna WAZE! Jika anda pengguna google maps (macam kami), lokasinya tidak berapa tepat.


Inilah Wisma Ryu, sesat sebab guna Google Maps, Guna Waze baru jumpa

Tengoklah tu, hati girang tidak terkata

Antara menu yang ada di Suka Sucre Bistro

Ini port yang kami pilih untuk menjamu selera


Buka je pintu bistro....fullammak...interior nya sungguh ohseeem!

Tak berapa nak ohsem bila dalam gambar. Tapi sangat ohsem bila tengok dengan mata sendiri.
Maafla kualiti gambar tak berapa ok.


Pasta Daging Salai Lemak Cili Api - RM21.90

Caramelised Banana - RM19.50

Azie bagi 4 bintang Suka Sucre Bistro! ;')

Interior design cafe bistro ni memang ohsem. Macam-macam jenis lampu ada, chandelier ada, lampu ala-ala Morocco pun ada, lampu moden konsep pun ada. Memang unik. Port makan pun macam best-best je. Semua port cantik untuk snap photo. Korang harus ke sini untuk rasa feel tu.

Makanan pulak, memang lazat nyum!nyum! (basah keyboard ni). Pasta daging salai cili api tu kalau tak silap pernah dimasak oleh Fazley Yaacob ketika rancangan Masterchef Celebriti. Tak terfikirkan nak buat pasta masak cili api?! Nak tau rasa nya cemana, jemputla datang sini. Heheh.

Caramelised Banana tu paling ohsem! Pisang diselaputi dengan sos caramel. Makan bersama aiskrim vanilla dan ditaburi dengan dark & white coklat. Dihiasi dengan biji bunga matahari. Perrh! Berebut dengan suami. Tak terkata perasaannya ketika dessert ini singgah dimulut. I'm torturing myself with this. *Terliur*

Harga ofcosla memang gempak kan. Tengokla siapa pemiliknya, rupa bistro ni cemana. Dan paling penting tengok pula 'effort' untuk 'food presentation' mereka. Nampak makanan begitu yummy sekali! Kalau bertuah, dapatla jumpa Chef Fazley Yaacob. Masa kiteorang pergi ni tak nampak bayang dia. SOBS.

Total semua termasuk minuman adalah RM51.40. (masa ni Jan 2015, masih belum dikenakan GST). Sila bawa duit secukupnya kerana terma pembayaran; tunai sahaja.

Insya Allah jika ke Cheras pasti akan datang lagi. Confirm!

Sekian, cadangan makan untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment