@azyyatiliah

Mee Tarik Warisan Asli, Bangi


Assalamualaikum

I am a big fan of noodles! Mana-mana tempat noodles yang menarik, unik, pelik mesti keinginan meluap-luap nak cuba. Dah lama mengidam nak makan di restoren mee tarik, tapi lokasinya jauh di Bangi maka terpaksa tangguh dulu keinginan membara tu. 

Kebetulan pulak minggu itu ada kenduri di Bukit Mahkota, jadi haruslah jalan-jalan cari makan di Bangi dan tidak melepaskan peluang makan di Restoren Mee Tarik Warisan Asli di Bangi. Penah makan eh? Confirmla kan, restoren ni famous. Sekarang ni ada merata-rata cawangan nya. Kalau tak silap restoren asal di Sungai Besi. 

Restoren ini restoren cina muslim. Mee tarik ini, mereka buat sendiri manual menggunakan tangan. Dahla fresh. Kita order baru mereka tarik. Nampak tak... makanan sihat di situ? Bukannya mee kuning yang ada asid borik (tujuannya untuk pastikan mee tidak berkulat) tu. Lagi best, mereka show off penyediaan mee tarik ni. Jadi pelanggan boleh ambik gambar, rekod video proses penyediaan mee tarik. Muka tukang masak macam bukan orang Malaysia. Mereka semua diimport dari China agaknya. Yang pastinya halal. Tapi tukang ambik order tah dari negara mana pulak.


Lokasi/alamat/adress

Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Bangi
No.3-47-01,Common Area Jalan Medan
Pusat Bandar Bangi Sentral
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel :017 3589168

Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Shah Alam 
B-27 Alam Venue 2 , Jalan Serai Wangi K 
16/6 Shah Alam Selangor 
Tel :012 6826295


Jom tengok apa yang kiteorang order. 

Hujan-hujan pun gigih nak pergi makan

Tadaa.. inilah yang kiteorang makan. Padehal baru balik kenduri nih!
Mentekedarah betul. Masing-masing nafsu anak dinosur gittu.

Toothpick Lamb - RM26

Braised Beef - RM8

Toothpick Lamb tu kemain harga dia kan. Sampai RM26. Daging kambing berempah ni rasa ok jugak. Not bad. Tapi ada jugak yang liat dan kering. Takhabis pun makan. Tapau bawak balik pulak. Boleh jadi kudapan untuk late night movie kat rumah.

Hujan-hujan kalau pekena sup panas dan pedas baru ada Umpph! Jadi Braised Beef jadi pilihan Azie. Kononnya spicy. Tapi biasalah bagi chinese dah cukup spicy pun. Bagi orang Melayu tak podeh langsung. Tapi sedap. Yang ni memang habis licin kuhirup kuah tu. Slurrp! Slurrp! Gitu.

Suami pulak makan Zira Mutton beharga RM12. Mee tarik yang dipenuhi daging dan dihiasi dengan cili-cili yang seksi. Hmm not bad. 

Total damaged RM48 (ketika ini GST belum dikenakan). Kenyang perut senang hati :)

Nak datang lagi ke lepas ni? Hmm tengoklah, banyak lagi restoren-restoren best nak cuba makan nih!


7 comments:

  1. Pernah makan braised beef kat cawanagan cyberjaya.. Memang sodap!
    😊
    RosmizaAli.Com™

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Mad Parihh,
      Handmade mee. Haruslah best! :)

      Delete
  3. Salam Azyyati,
    Berapa lama mrk ambil masa utk sediakan makann yg di ode?
    Sejam? stgh jam? 15 min?
    TQ

    ReplyDelete
  4. Chelos - Malaysian variety, Western variety, Steaks / Chops / Grills, Noodles, Restaurant in Seputeh Klang Valley | OpenRice Malaysia. - http://m.my.openrice.com/restaurant/54342/chelos-seputeh-kuala-lumpur

    ReplyDelete
  5. ada pekerja perwmpuan tak kat situ?

    ReplyDelete