@azyyatiliah

Krabi 2015: Day 4 | The Hilltop Aonang

Assalamualaikum





Hari ni, dah nak balik Malaysia. Tapi flight lewat petang. Jadi ada masih ada masa terluang. Tak putus asa ajak suami pergi Safari Tour. Tetap taknak juge. Puas den mujuk rayu sampai merajuk. Pergi sorang? I is penakut. Alasan suamiku, tak sempat nanti. Takut kene tinggal flight. 


Staf cantik manis yang tolong book untuk kami selama ni pun bersetuju dengan suami. Katanya nanti kiteorang kelam kabut. Hari ni kene checkout. Safari Tour paling lama pun dijangka habis jam 2 pm. Sampai hotel kene mandi dulu (ada bilik untuk mandi walaupun dah checkout) perlu bersiap then naik bus ke airport (harga tiket 150 baht sehala untuk seorang, book dengan hotel). Dari airport ke Aonang Goodwill ambil masa sejam lebih sebab banyak pit stop untuk turunkan penumpang. Jadi kene expect perkara yang sama jugak bila balik nanti. Then perlu ada buffer untuk beratur di airport. Akhirnya....ok FINE!


Jadi uols kalau boleh ambik flight malam. Siang boleh lagi pergi mengukur tanah or mengukur pulau. Hihi. Untuk memujuk hati yang berduka lara (sebab tak dapat tengok Emerald Pool), maka suami sewa skuter untuk bawak pi ronda pantai Aonang. Mana kiteorang nak ronda ni? 


Sewa skuter 250 baht untuk 24 jam. Minyak sila isi sendiri. 

Kami dapat Fino
Erkk Azie takbrape konfident kalau suami bawak ni
Sebabnya berpuluh tahun kot dia tak bawak motor
Mintak-mintakla selamat
Naik skuter pergi pantai Aonang untuk breakfast
Kononnya mahu menikmati angin pantai Krabi
Makan nenas manis setongkol
Habis setongkol cari toilet sebab tercirit
Memang nenas agen pembersih usus

Cari nasi pulak
Jumpa kedai makan halal di tepi Masjid Aonang
Menu 1 Pulut dengan ayam goreng
Menu 2 Nasi briyani ayam goreng cicah sos Thai
Unik tapi MARVELES! Nyums!

Meronggeng lagi
Kali ni nak naik THE HILLTOP
Kita tengok apa ada di sana


Jarak dari Aonang Goodwill ke The Hilltop Ao Nang

View dari atas ni memang seluas saujana memandang
Nampak gunung, laut dan pulau

The Hilltop ni restoren rasanya
Buka waktu malam
Halal ke tidak Wallahu a'lam
Balik bilik semula untuk checkout
Nampak tak awan tu?

Jalan lagi

Macam biasa jika ke Thailand jangan lepaskan peluang untuk urut kaki
Ingatkan urut kaki aje, rupanya belakang, bahu, kepala sekaliarung
Best gilerlah!
Harga 200 baht seorang

Makan Nasi Goreng Thai
Memang cukup Ummmpphh!

Eh-eh-eh ada TESCO
Beli barang untuk habiskan wang
Patutla jenama ini takda di Malaysia
Sensitif!

Terima kasih kerna beri layanan VVIP!
Bye Krabi
InsyaAllah kami datang lagi
Mencari pulau-pulau lain di sekitar lautan Andaman

Destinasi seterusnya: JEJU & SEOUL KOREA
Insha Allah

Al-Tammat

Till then wassalam

2 comments: