@azyyatiliah

Krabi 2015: Day 2 Part 1 | Pakej ke 4 Islands


Assalamualaikum

Hari ni nak share pengalaman hari ke-2 di Krabi.  Kisah Day 1 boleh baca di sini ye;

[KRABI 2015: DAY 1]
[KRABI 2015: DAY 1 PART 2]
[KRABI 2015: DAY 1 PART 3]


Teaser Day 2









Jom teruskan dengan Summary Day 2.


Summary Day 2 - Pakej 4 Islands + 1 Rai Lay Bay

Agent: Connecting Krabi Tour & Travel
Transport: Long tail boat
Harga: 350 baht per person
Sea Trips: Chicken Island, Tup & Mor Island, Poda Island, Railay Phranang Cave
Masa lawatan: 8AM - 15PM
Snorkelling: 2times
Lunch: di Poda Island
Pakej termasuk: Makanan halal, minuman, buah-buahan dan peralatan snorkelling



Pakej ini pun diatur oleh pihak hotel Aonang Goodwill. Mula-mula kiteorang ni tak setuju sebab kena naik longtail boat. Tapi setelah berbincang, discuss dan puas hati dengan penerangan yang diberi barulah kiteorang bersetuju. Reminder, jangan hari ni pergi,  pagi ni baru nak book. Sila book sehari sebelum ok. 

Info-info ni Azie share semula dengan korang kat sini. Moga jadi panduan untuk korang memilih pakej kat sana nanti. FYI, inilah trip atau pakej yang kiteorang pergi;

Day 1 - Phi Pihi Islands - Aonang Photo Travel & Tour
Day 2 - 4 Islands - Connecting Krabi Tour & Travel
Day 3 - Hong Islands - Krabi Kingdom Travel & Tour

Phi Phi Islands jauh katanya maka elok dah naik speed boat. Jimat masa. Cepat sampai. 4 Islands pulak berdekatan dengan Aonang Beach ni. Jadi takde hal naik longtailboat. 45 minit perjalanan dah sampai. Alasannya bila lagi nak cuba naik longtail boat kan. Lagipun longtailboat tak rasa bumpy seperti speed boat. Lebih relax, boleh enjoy the view dan mudah untuk snap photos. Berani dengan tidak aje naik longtail boat ni. Dari aspek keselamatan katanya sama aje. Kalau laut bergelora or ombak tinggi longtailboat tak dibenarkan pergi tapi masih boleh pergi dengan speed boat. Life jacket disediakan. Jadi tak perlu bimbang. Cuba rasai pengalaman dengan travel agent berbeza pulak. Afterall Connecting Krabi Tour & Travel memang sediakan makanan halal. So akhirnya kiteorang pun setuju. Hahaha. Terpengaruh. 


Macam biasa jam 8.30AM kami dah siap-siap turun bawah dan tunggu tour agent pickup. Kemain awalnya ambil kiteorang kat hotel. Tapi nak boleh naik boat tu sejam tunggu Oioioi. Panas hatila jugak. Bila tanya apesal lama, katanya kene kutip semua penumpang boat di hotel masing-masing dan kene tunggu semua sampai. Yerla bukan semua pelancong duduk di Aonang Beach kan.  Paham. 

So sementara nak tunggu semua makhluk Allah ni sampai kiteorang pun berdating sat di Noppharatara Beach ni.  



Noppharatara Beach. Checked!

Lepas sejam tunggu, barulah kami dipanggil untuk briefing
Inilah longtail boat! 
Berani ke tidak?

Gambar ni diambil dari boat
Mereka ni berjalan dari Tub Island nak ke Mor Island
Ada ombak kecik kat tengah-tengah ni

Mor Island (Koh Mor)"Mor Island is the name of this small island. Mor Island is a rocky beach, not to give up on the island. Mor Island clean water away from Tup Island to 70 m. If the water drop is connected with dunes. Walk from one island to island one. Activities: Swimming" - Krabi Info.com

Peace! 
Finally!

Presenting Tub Island!

"Krabi is famous for its beautiful hundred islands of Andaman Sea. Among the 130 limstone islands, 3 islands namely Koh Kai with a chicken head shaped stone and 2 smaller Koh Tab and Koh Mo, are exceptional. During high tide, they look like 3 nearby ordinary island but during low tide, the sea is separated by the white sand dune that appears to amazingly connect the three islands like a natural bridge, called ‘Thale Waek’. The best time to experiences this phenomenon is 5 days before and after the full moon, just take a short boat trip from Ao Nag or Raileh ! " - Krabi Tour Info

Yay! Alhamdulillah. dapat merasa fenomena alam ni
Kebetulan pulak masa ni bulan penuh
Now, we are in the middle of Lautan Andaman!

Abam oh abam...Mohla kita ke sana
Nampak meriah semacam

 Ini Tub Island
Nampak tak orang berjalan kaki menongkah ombak ke Mor Island?

Tub Island (Koh Tub)
"Tup Island also known as Tub Island, Tap Island or Thap Island is one of the most popular offshore Islands Around Krabi for day trips and tours. Tap Island is located in the Mu Koh Poda archipelago just south west of Ao Nang between Poda Island and Chicken Island. Tup is much smaller than the other islands in the group, however it has a nice beach and the waters that surround it provide an excellent spot for snorkeling with an abundance of tropical fish. Activities: Scuba Diving & Snorkeling, Swimming" - Krabi Info.com




Ewaaaah!

Alhamdulillah berpeluang merasainya
So uols jika ke Krabi jangan lepaskan peluang trip ke 4 islands ok? 
Lepas ni nak ke Chicken Island untuk snorkelling
Jom!

Welcome to Chicken Island! 
Yang depan tu nampak macam penyu je

Chicken Island (Koh Kai)
"Chicken Island is also called Hua Khawan Island or Poda Nok Island. The rock shaped like a rooster on the limestone moutain at Chicken Island is the symbol of Krabi sea. Apart from the beauty on the land, Chicken Island also has plenty of coral reefs to appreciate in the west of the island. Activities: Scuba Diving & Snorkeling, Swimming" - Krabi Info.com

Zoom In Chicken Island
Nampak tak abam sado yang panjat batu kapur tu
Haih berani betul diorang nih
Mat saleh yang dalam longtail boat tu tengok dengan rasa sebal :p

Zomm out balik
Patutlah
Dia datang dengan yatch
So apa-apa jadi pepandaila tanggung sendiri. 

Snorkelling at Chicken Island

Masa snorkelling di sini, kiteorang dah supaya berhati-hati. Takut terpijak landak laut or Sea Urchin. Malangnya tragedi berdarah berlaku kat sini. Sorang ni terpijak sea urchin. Ala-ala kecoh jugakla 1 boat. Semua kerumun nak tengok kakinya yang terpijak duri tu. Siram dengan air. Pastu ketuk-ketuk dengan selipar. Pastu urut-urut. Pastu ok. Gitu je? Tak lama lepas tu sorang pulak lagi naik kaki berdarah jugak tapi yang ni lebih teruk. Tak tunggu lama terus orang yang bawak kiteorang ni terjun dalam laut dan check kat bawah. Rupanya kat bawah tu penuh sea urchin tengah lepak. Salah port lah pulak! 


Sea Urchin

Mujurlah suami tak da apa-apa. Perut pun dah lapar. Next kita buffet makanan halal di Poda Island pulak. 

Till then wassalam.

19 comments:

  1. Hai, nak tanya kalau nk book pakej utk 4hri tu mcm mana eh? Setiap tempat penginapan ada sediakan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Jue,
      Semua pakej ke pulau-pulau ni book di pantai Aonang yeh. Carik bila dah tiba kat sana nanti. Jangan book online. Pergi sana InsyaAllah dapat harga lagi murah sebab boleh nego. Penginapan boleh cari di sekitar pantai Aonang.

      Delete
    2. Salam.
      nak book pkej kat hotel ke..

      Delete
    3. Jue & Mrs Sheikh,
      Opsss baru perasan soalan. Haha. Takpastilah yg tu. Rasa tak semua penginapan ada offer pakej sbb masa stay di Aonang Goodwill, ada juga yang stay di hotel lain, tapi deal dengan Aoanang Goodwill untuk pakej.

      Delete
    4. Salam sis nak tanya.. sis buat booking hotel ..sis bayar deposit dulu atau sampai sana baru bayar

      Delete
    5. Salam Somak Kepalo, kami bayar terus time booking tu. So baru la tak somak kopalo bila sampai sana nanti hihi.

      Delete
    6. Sis cam ner ye kalau saya nak berhubung ngan sis..coz saya nak tahu pasal percutian sis kesana sbb saya plan nak gie disember ni ..saya dah booking hotel di booking.com tp saya tak berapa tahu...first time gie DIY selalu pakai travel agent.. kalau sis tak keberatan bg alamat email atau FB ke ...bleh tak

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. Somak Kepalo, dah habis baca tak semua entry pasal Krabi? In Sha Allah rasa semua info yg patut tahu dah share. Tapi kalau nak tanya apa2 boleh komen kat sini =) atau di ruangan 'CONTACT ME'

      Delete
  2. hai, nak tanya 350baht tu tmasuk snorkelling equipment and buffet lunch tu ke

    ReplyDelete
  3. hai..nak tanya..ramai ke orang dalam satu longtail boat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zawani,
      Sorry baru perasan ada komen. Alhamdulillah dengan tour yang kami naik ni tak ramai. Tapi pernah nampak ada longtailboat yang bawak peeeeeenuhh orang kat dalam.

      Delete
  4. hi kak..nak tanya semua pakej ke island tu dr hotel ke book?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Prisca,
      Yup, semua pakej book dengan Aonang Goodwill. Easy peasy =)

      Delete
  5. Salam kak... Nk tny pakej 350baht tu include natinal park fee ke? Atau x?

    ReplyDelete
  6. Salam.azzyyati ni wife azif ke.nmpak gamba husband.mcm kenal.

    ReplyDelete
  7. Salam nk tnya. Bawa 10000 baht ckup ke kt krabi. Hotel dn flight dh byr smua. Tinggal utk mkn shopping dan aktiviti dlm krabi je

    ReplyDelete