@azyyatiliah

Halal Boat Noodle @Empire Damansara

Assalamualaikum


Ingat tak Azie pernah pergi Bangkok? Cerita Bangkok masih belum habis sebenarnya. Hentah bila nak datang semangat Bangkok pun taktau. Dah seru banyak kali tapi tetap tak muncul. Jadi kita lupakan Bangkok seketika kerana kita nak cerita tentang makanan yang famous di Bangkok, Thailand iaitu Boat Noodle. Boat Noodles famous di Bangkok adalah di Victory Monument. Sesungguhnya I is tidak lalu makan di sana kerana tidak halal. Biasanya Boat Noodle serve Pork.

Jadi, tidak boleh lepaskan peluang mencuba bila tahu wujudnya Boat Noodles versi halal di Malaysia. Lagi-lagi di Empire Damansara. Dekat sikit dengan rumah Azie.

Let's check it out!

Lokasi/Alamat


Restoren Boat Noodle

G3A, Heritage Lane

Empire Damansara
Damansara Perdana, 
47820 Petaling Jaya.

Di Publika -> Publika Block C5, Level G3, Lot 30a.


Pejam celik, pejam celik kini mereka dah ada sembilan (9) cawangan! 





Masa Azie dengan suami cuba ni, mereka baru ada 2 cawangan. Sekarang baru nak blog. Dah lama peram entri ni. Harga semangkuk hanya RM1.90. Ketika itu belum dikenakan GST. Harga terkini Azie tidak pasti.

Memang small portion. Sekali dua ngap habis semua dalam perut. Sebab tu jika datang sini makan masing-masing mangkuk betingkat-tingkat. Memang terror ah depa ni makan!

Ada 2 kategori Noodles iaitu;
Dry ( Beef or Chicken Glass Noodle)
SOup Noodles (Beef or Chicken Glass Noodlle)


Overall noodles kat sini sedap.  Rasanya memang tak sama dengan noodles lain yang biasa kita makan. Ada rasa unik. 

Suasana dalam restoren ni, agak crowded dan bising. Memang tak aman nak makan. Mangkuk sumbing sana sini (harap-harap sekarang dah improve). Servis cepat dan efficient tapi staf mereka berbangsa asing.


Inilah Restoren Boat Noodle Halal di Empire Damansara



Ada sijil halal dipaparkan pada dinding restoren. Baru yakin nak makan.

Dry & Soup Noodles (Chicken & beef). Haruslah rasa semua

5 mangkuk aje untuk 2 orang. Sikit kan kami makan. Haha.
Bila ajak tambah, suami taknak. Makan tempat lain katanya!

Total kami makan berdua adalah RM15.20

Heritage Lane, Empire Damansara

Korang jangan tersilap pulak. Sekarang ni ada beberapa restoren yang menjual Boat Noodles juga. Ada restoren yang serve Pork. Oleh itu, cari restoren Boat Noodles yang halal seperti di atas. 

Jika ke IKEA atau THE CURVE, boleh lencongkan sekejup ke EMPIRE DAMANSARA ni dan cuba makan di Restoren BOAT NOODLES. ok?


Sekian,

Yang benar,
Kaki jalan-jalan cari makan.

3 comments:

  1. Hari tu pernah nak pergi cuba makan di Publika, tapi mealnya tak ready lagi. Terus pergi kedai lain sebab perut dah lapar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah,

      Sekarang ni Bakso pulak yang mencanak-canak famous. Style macam gini juge. Haih tak saba nak rasa!

      Delete
  2. salam..nk tnya..cwgn boat noodle yg lain pn halal jgak ke?

    ReplyDelete