@azyyatiliah

Dapatkan Bagel dari The Bagel Company


Assalamualaikum


Pernah dengar perkataan Bagel? Mengikut Wiki, Bagel ni sejenis roti berbentuk seakan cincin seukuran bersaiz tapak tangan. Dibuat dari adunan tepung terigu dan ragi yang direbus di dalam air sebelum dipanggang. Bahagian dalam mempunyai tekstur yang padat dan kenyal dengan bahagian luar berwarna coklat muda, keras dan garing. Ia berasal dari Eropah Timur.

Bagel bukan donut. Rasa pun tak sama sepeti donut.

Apesal citer pasal bagel nih? Haaa, ni nak habaq, anda peminat bagel ke? Nak cari bagel di Malaysia? Boleh ke sini. The Bagel Company yang terletak di Empire Damansara. Terjumpa cafe ni lepas kiteorang pergi Boat Noodle. Suami ajak masuk dan cuba try bagel. I on je. Sebabnya kami memang tak pernah makan bagel. Asik tengok 'Mike' & 'Harvey' makan je (hubby and I peminat siri (SUITS) . Excited juga nak rasa bagel ni.

Lokasi / alamat;

G-07, Empire Damansara, Jalan PJU 8/8a, Damansara Perdana 47820‎ Petaling Jaya‎.
No tel: 0376110079
Waktu opreasi: 10.30 am to 10 pm Isnin-TUTUP


The Bagel Company

Bermacam jenis bagel

Sangat sesuai untuk business meeting / untuk diskusi
Interior cantik, suasana santai

Bagel Garlic + Butter - RM5.40 
Yup betul tekstur padat dan kenyal

Red valvet - RM7.90
Nyumss!

Coffee Latte - RM7.90. Jadi total Rm21.20 (harga ni ketika GST belum dilaksanakan)

Cafe ni tidak menjual Bagel semata-mata. Masih ada pelbagai menu lain menarik yang boleh dicuba. Ada chicken chop, spaghetti, noodles dan lain-lain.




Peminat bagel boleh cuba makan sini k.



4 comments:

  1. Wah, macam-macam bagel ada! Sedapnya makan bagel ngan cream cheese!

    ReplyDelete
  2. macam donut erk . terliur plak tengok

    ReplyDelete
  3. kat jaya grocer pon ada.. boleh try masak kat rumah... ni juga makanan tuk org2 fitness.. hehe our coach yg yg bgtau..it better then donut! sedap tak rase bagel ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati,
      Betul, pernah nampak dalam peti sejuk jaya grocer. Hehe. Oh makanan sihat la ni rupanya. Azie makan sini nak try rasa bagel. Lepas rasa, tak berapa gemar. Rasa macam padat sangat. Kenyal dan lama-lama berat nak kunyah.

      Delete