@azyyatiliah

Krabi 2015: Review Aonang Goodwill


Assalamualaikum


TIPS & INFO Azie dah share dalam previous post [ PERSEDIAAN KE KRABI ] Sepanjang 5 hari di KRABI kami menginap di Aonang Goodwill. Tempah dari Sawasdee.com. Harga di situ unbeatable. Booking/Agoda lebih mahal harganya. Banyak jugak perkara yang kami pertimbangkan sebelum setuju nak menginap di sini. Yakin sebab tengok review yang bagus dari Tripvisor. Jika ke Krabi dicadangkan anda pertimbangkan menginap berdekatan Aonang Beach. Malam-malam sungguh meriah, tempat tumpuan pelancong dan banyak makanan halal di sekitar. Kalau stay di Krabi Town alamatnya nak ke Aonang Beach ni haruslah merempit naik motor. Memang taksampai kalau nak jalan kaki. Krabi Town ada juga hari yang meriah. Kami tak sempat nak cekidout pun.






Jarak dari Krabi Airport ke Aonang Goodwill ni lebih kurang 26.1km. Dari airport kami ambil shuttle bus ke sini. Bayaran hanya 150baht sekepala dan bas memang berhenti betul-betul depan Aonang Goodwill. Nak balik nanti pun jangan risau, minta pihak hotel uruskan shuttle bus ke Airport. Bayaran masih sama 150baht sekepala. Bas akan jemput anda depan hotel. Bagi yang tak tahu, anda perlu beli tiket shuttle bus ni di kaunter terlebih dahulu. Kalau datang dengan group yang besar lagi untung naik van/coach.





Nampak tak jarak dari Aonang Goodwill ke AoNang beach. 2.7km jalan kaki tau baru sampai pantai. So kalau uols rasa jauh boleh menginap di hotel/resort yang lebih dekat contohnya Aonang Beach Resort. Macam kami ok je jalan kaki 2.7km ni. Takda masalah. Boleh kata tiap-tiap malam jalan kaki 2.7km ke sana. Itu baru pergi. Round trip 5.4km. Anda boleh tahan tak? Hahahha. Tapi usah khuatir kalau sayang nak guna kaki, boleh naik tuk tuk/sewa motor. 




Meh kita sembang pasal servis dia pulak. Hotel ini takda lift. Jadi kalau maleh nak naik tangga turun tangga request la bilik bawah sekali. But siapa cepat dia dapatla. Book seawal yang boleh. Kami request mengadap gunung. Sudahnya dapat tingkat 3! Memang kempis lah kaki balik dari Krabi nih! 

Baru perasan yang kami ni suka sangat check-in bilik lepas hari gelap! Baik ke HongKong (tengah malam), Melbourne (tengah malam), Bangkok (malam) dan Krabi pun dah malam baru nak checkin. Tapi biasanya memang inform/email awal-awal pada hotel ketika booking. Kami attachkan sekali flight itinerary. So memang nampaknya mereka ni tengah tunggu KAMI. Hahahaa. Katanya kamilah orang terakhir yang check-in hari ni. Day 1 Uncle yang tolong bawakkan luggage kami 14kg tu naik atas.  Yes, bilik memang kami dapat seperti yang dimintalah kan. MENGADAP GUNUNG. Bilik sungguh besar, selesa kalau nak solat jemaah suami isteri. Ada kettle, aircond, towel, shower gel, shampoo. Ada water heater, safety box dan fridge jugak. Balcony pun ada. Ampaian untuk jemur baju-baju basah pun ada! So complete. 


Bila dah sampai malam makanya semua pakej pun kami tak sempat nak survey/usha lagi. Reminder, pakej-pakej island hoping ni kena booking sehari awal. Kalau hari ni nak pergi pagi ni baru nak gedik-gedik nak pilih pakej, alamatnya ke Aonang Beach cuci mata ajelah jawabnya. Macam kami alhamdulillah hotel yang aturkan pakej untuk kami. Maleh dah nak survey-survey pakej yang lain. Harga pulak ok dan berpatutan. Yang penting travel agent tu mesti sediakan makanan halal dan trip yang best! Syukurlah 3 hari kami island hoping pulau dan memang puas hati!

Lagi satu Aonang Goodwill bersebelahan dengan Masjid Aonang. Subuh memang boleh dengar azan. Makanan halal pun banyak dijual di tepi-tepi masjid ni. Tak kira siang atau malam. 

Bilik Aonang Goodwill. Luas dan selesa.

Pemandangan dari balkoni bilik

Wayar letrik berselirat kat Krabi ni

Nantikan sambungan seterusnya ye. Hihi.

Till then wassalam.

Travelogue Krabi

16 comments:

  1. insyaallah nak pilih hotel ni. hopefully masih available my date. good explaination

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kalau hotel area beach byk kedai mkn juga tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azlin,
      Area beach lagi happening! Kedai makan halal banyak gila. No worries =)

      Delete
  4. Mesjid ao nang sebelah good will tu da siap ke?

    ReplyDelete
  5. Salam Azy,booking melalui sawasdee.com tu terus byar ke? Bleh share skit..saya ade buat reservation melalui sawasdee tu. Tapi tak dpt lagi email confirmation tu. Mmg ade beza harga dgn Agoda..dekat 50 jugakla beza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Qaseh. Ya betul. Booking di sawadee.com bayar full payment. After booking dan sukses bayar, 15 minit lepas tu terus dapat email conformation dari pihak sawadee. Hari yang sama.

      Delete
  6. salam.. tngok bilik tu mcm besar.. plan nak g ke sane 5 orang.. rase2 nye pihak hotel bg x stay skali 5 org dlm satu bilik tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad Syazwan,
      Haah bilik tu memang besar pun. Boleh sangat kalau nak muat 5 orang. Tapi takpasti pihak hotel bagi ke tak. Maybe boleh emel tanya.

      Delete
  7. Assalamualaikum sis.. nak tanya.. yg booking agency nk ke pulau2 tu under hotel kn? Jd dh sampai hotel, bru book ye ? Ke kene book awal??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..sy tlg jawab on behalf ye. Mcm saya haritu,dh check in baru booked utk island hoping.

      Delete
    2. Sayang Qhaseh =)
      CikPuanNuraini, maaf tak perasan komen anda. Betul, dah check in baru booked. Discuss harga bila dah sampai sana.

      Delete
  8. Okey2...terima kasih sis... mcm nk follow je trip mcm sis ni.. ;)

    ReplyDelete
  9. Kl sampai lewat dr waktu check in...akn ade poblem x kt hotel nanti wl booking hotel kita da byr full tgl tjuk resit je.cthnye check in kol 2..flight kol 130pm dr kl..naek shuttle bus ade yg komen dkt2 2 jam br smpi ao nang..ade jam 5 br smpy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Anon,
      Sepatutnya takde masalah. Cadangan saya emailkan pada pihak hotel bagi tau yg awak lambat checkin & eta sampai hotel. Boleh attachkan sekali flight itinerary. At least diorang alert & take note!

      Delete