@azyyatiliah

Minum petang di Twenty & Co


Assalamualaikum


Errkk tentang makan lagi ke Azie? Yer, sebab ini entri tertangguh. Dah kepam baru nak post. Amaran! Entri seterusnya pun pasal makan tahu.


Sabtu 2 minggu lepas ada wedding di Manjalara.  Dari Manjalara terus gerak ke Kepong untuk COD Shaklee pada customer Azie. InshaAllah Azie memang ada buat perkhidmatan COD ni. So kalau nak Azie COD Shaklee boleh je nak arrange



Lupakan cerita Shaklee, ini cerita tentang RESTOREN TWENTY & CO (Coffee | Gastro | Lifestyle)



Adress / Alamat / Lokasi 

Twenty & Co
G-15, Plaza Azalea
No 6, Persiaran Bandaraya
Seksyen 14
Shah Alam, Selangor

Tel: 019-3230834
Waktu operasi:  Isnin - Ahad 10.00am - 01.00am
Emel: hello.twenty.co@gmail.com


Inilah twenty & co. Very classy coffee house. Lupakan Starbuck. Lupakan Dome.

Cabonara Meatball ni dipesan oleh suami harga RM25. MAAAAKKKK DATUK!

Cabonara Meatball dipesan oleh suami. Itupun setelah dicadangkan oleh gadis ayu yang ambil order. katanya itu signature dish twenty & co dan makanan ini yang menerima kekerapan order tertinggi saban hari.  Rasanya alahai....tawar je. Mujurlah ada daging salai crunchy dalam hidangan ni. Penyelamat. Kami makan sepinggan share berdua. 


Hazelnut Hot Choco RM12 dan Salted Caramel Cake RM16 (Phewwwww! Mahal)

Salted Caramel Cake ni sedap! So delicious. Yummmms. Hazelnut Hot Choco pun sedap. Minum panas-panas. Sluuurrrp! Memang nikmat.


Bila time nak balik je, hujan lebat beserta ribut petir pulaks. Acane nak pulang nih? Takmampooo I nak berlari pecut dengan baju kurung pahang ni. Sudahnya kami tunggu sampai hujan reda. Sesambil tu order pulak Nachos & Cheese. Suka! Makan krup krap krup krap sambil borak-borak dari hati ke hati. Ceewaaaah! Puiii.


Nachos & Cheese RM16

Makan camni je pun total dah RM69.  Overall ok je. Tapi untuk kami datang semula? Hmmmm tak sure lagi. Tunggulah kot-kot ada menu yang menarik. 
Masa datang ni banyak yang takda. Mee Goreng takda. Itu takda. Ini takda. Tapi takpe.
Lega sebab takda service charge & government charge! 
Bulan April ni bersedialah semua kekakak dan kekabang semua yeh. 


Tempat ni sesuai sangat untuk buat perjumpaan or reunion or nak lepak discuss bisness sesambil minum coffee or apa-apa discussionlah. Sebab aman damai dan cossy je. Tak serabut sangat. Boleh makan dengan aman damai. Itu sebab boleh borak dari hati ke hati tuhhh!
Support lokal ok? Lupakan Starbuck. Lupakan Dome. 


Sebelum tamat, meh nak sedekah senyuman sikit. Korang dah bersedekah belum hari ni?

AL -TAMMAT

No comments:

Post a Comment