@azyyatiliah

#5 Bangkok 2014 : Temple Of Dawn ซอยปรกอรุณ อรุณอมรินทร์


Assalamualaikum

Dah settle cuci mata di Grand Palace, moh kita merayap ke Wat Arun pulak, tempat yang popular dikunjungi pelancong jika ke Bangkok. Nama panjang temple ini adalah Wat Arunratchawararam Ratchaworamahavihara (วัดอรุณราชวรารามราชวรมหาวิหาร) . Boleh ke nak sebut? Hew hew hew. Lebih mudah disebut Wat Arun je. 'Wat' merujuk kepada Temple. FYI, temple ini juga dikenali sebagai Temple of Dawn kerana ia memantulkan cahaya yang menarik menjelang waktu senja atau malam. Temple ini kebanyakkan binaannya bewarna putih kerana ada lapisan seramik dan porselin Cina diluarnya. Terjemahan Melayu jadi Kuil Fajar. Hihi. Betul-betul ada di tepi Menam Chao Phraya ni. Usianya dah ratusan tahun.

Cara pergi ke sini:
Boleh naik boat turun di pier Tha Tien.  Kemudian ada feri khas disediakan untuk ke seberang sana. Tambang ferry hanya 3 baht.

Waktu operasi : 08:00am -17:30pm
Lokasi: Terletak di sisi barat Sungai Chao Praya (dari Tha Thien Pier kena cross ke seberang sana)
Tiket masuk Wat Arun : 50 Baht

Dari jauh dah boleh nampak Wat Arun yang menjulang tinggi

Nak masuk sila bayar 50 baht sorang

Udara panas sangat membakar dan membahang kulit!

Seram sebenarnya nak naik atas sebab tanga kecik sangat. Susah nak pijak


Untuk naik ke aras atas, korang perlu naik tangga yang tinggi dan curam ni. Dah bayar walaupun murah haruslah naik ke atas. Rasa sendiri pengalaman mendaki tangga candi yang curam. Dengan harapan ada view yang cantik menanti di atas. Tapi memang cantik pun view kat atas ni. Boleh nampak Sungai Choa Phraya. Oh-oh-oh jangan risau tali pemegang ada disediakan di kiri kanan tangga. Cuma busuk. Korang WAJIB berhati-hati ketika turun tangga curam ni.
Naik ok lagi. Seram gila nak turun tangga nih sebab gayat dan curam

Ngeerrrrriiii nak turun ni! Mujur kaki kecik je

Pemandangan dari atas Wat Arun. Boleh nampak Sungai Choa Phraya
Nampak tak puncak Wat Arun? Mahkota emas ini melambangkan Buddha

Tinggi 1.2 m
Berat 185 kg
Lebar 52 cm

Tali pemegang ni busuk sangat! Bau peluhhhh. Yarksss!! Tapi takda pilihan terpaksa jua ku redha

Let's zoom in. Wat Arun banyak seramik dan porselin Cina. Ukiran-ukiran bunga tu mengkagumkan jugak la.




Di sekitar Wat Arun ni ada disediakan busana tradisional Thai, kalau korang nak pakai dan bergambar siap cuma 100 baht sahaja kalau tak silap.  Makanan dan air juga ada dijual. Takda selera nak beli. Hiks. Suami dah bebel-bebel kelaparan. Ikutkan hati nak pergi ke Wat Pho tapi paha dah terseliuh gara-gara turun tangga curam dan ngeri Wat Arun ni. Ni mesti kasut punya pasal. Makanya terhencut-hencut la berjalan macam kucing tempang. Bala! So kalau nak panjat Wat Arun jangan pakai selipar licin, kasut tinggi dan sebagainya ye. 

Boleh refer link di bawah ini 👇👇👇👇 untuk Bangkok Travelog 2016 & 2014 :D
*sepatutnya link warna biru. Tapi dia tak bertukar jadi biru. Whateverlahhh*

2016
2016, Jumpa Ex-Boyfriend Di Bangkok Thailand
2016, Best Ke MBK
2016, Siam Paragon Siam Center Siam Discovery
2016, Keunikan Pasar Minggu Chatuchak & Terminal 21 Bangkok
2016, Restoren Halal dalam Don Mueang International Airport
Sea Life Bangkok Ocean World, Thailand
11 Tempat Menarik di Bangkok, Thailand
Ladang Bunga Matahari di Thailand
Day Trip to Lopburi
Tempat Makan Halal di Bangkok | 9 Senarai Restoren Halal Muslim Thai
Makanan Halal Bangkok | Usman Muslim Thai Restaurant
Makanan Halal Bangkok | Farida Fatornee Muslim Food Restaurant
Makanan Halal Bangkok | Kah Jak Thai Halal Restaurant Chactuchak Weekend Market
Makanan Halal Bangkok | Yana Restaurant, MBK
Makanan Halal Bangkok | Sophia Muslim Food Restaurant

2014
#1 Bangkok 2014 : TIPS Persediaan Bercuti di Bangkok, Thailand
#2 Bangkok 2014 : Abloom Service Apartment, Sanam Pao
#3 Bangkok 2014 : The Choa Phraya แม่น้ำเจ้าพระยา
#4 Bangkok 2014 : The Grand Palace, พระบรมมหาราชวัง
#5 Bangkok 2014 : Temple Of Dawn ซอยปรกอรุณ อรุณอมรินทร์ 
#6 Bangkok 2014 : Chatuchak ตลาดจตุจักร Weekend Market
#7 Bangkok 2014 : Part 1 - Shopping Malls In Bangkok 
#8 Bangkok 2014 : Part 2 Shopping Malls In Bangkok
#9 Bangkok 2014 : Terminal 21 Shopping Mall TERunik di Thailand
#10 Bangkok 2014 : Makanan Halal di Bangkok, Thailand
#11 Hasil Pelaburan di Bangkok


No comments:

Post a Comment