@azyyatiliah

#4 Bangkok 2014 : The Grand Palace, พระบรมมหาราชวัง


Assalamualaikum

Jom check it out apa ada di Grand Palace.




"The Grand Palace The Grand Palace has an area of 218,400 sq. metres and is surrounded by walls built in 1782. The length of the four walls is 1,900 metres. Within these walls are situated government offices and the Chapel Royal of the Emerald Buddha besides the royal residences. When Siam restored law and order after the fall of Ayutthaya the monarch lived in Thonburi on the west side of the river. Rama I, on ascending the throne, moved the centre of administration to this side of the Chao Phraya; and, after erecting public monuments such as fortifications and monasteries, built a palace to serve not only as his residence but also his offices--the various ministries, only one of which remains in the palace walls. This palace came to be known as the Grand Palace, in which the earliest edifices contemporary with the foundation of Bangkok were the two groups of residences named the Dusit Maha Prasat and the Phra Maha Monthian." - Thailand.com

Waktu operasi / Opening hours
Buka setiap hari dari jam 8:30am to 3:30pm kecuali ada perayaan atau sambutan diraja.


Tiket masuk / Entrance fee
400 Baht *MAHALkan?* 


Apa yang ada di dalam? 
Temple of Emerald Buddha (juga dikenali sebagai Wat Phra Kaew), The Golden Stupa dan Mini Angkor Wat.


TIPS: Datang sini kena berpakaian sopan. Lelaki perlu berseluar panjang dan berlengan. Perempuan pun kena tutup aurat. Kalau tidak, silalah sewa pakaian yang disediakan.


Azie dah sediakan ole-ole bergambar dari Grand Palace khas untuk uols. Enjoice!


Turun boat terus jumpa pasar. Meriaaaahhh!

Inilah pasar yang dimaksudkan tuu, tapi pasar apa? Tak tahuuu

Camna nak pergi Grand Palace ni?

Naik BTS turun di Saphan Taksin
Ambil Exit 2 untuk ke Chao Phraya Express Boat
Pilih Orange Lines (jika Sabtu & Ahad), turun di N9 - Tha Chang
Ada market di sekeliling pier ni. Jalan terus ke depan sampai anda lihat dinding tinggi Grand Palace yang bewarna putih. Pintu kedua adalah pintu masuk Grand Palace.
Welcome to the Grand Palace.  I was here, btw
Jom kita ke main entrance. Oppss, sebelum tu beli tiket dulu 400 baht sorang
Patah balik semula, beli tiket. Harap-harap tak menyesal masuk dalam nanti

Perhh, binaan besar-besar belaka. Adakah ini emasss?

Kalau emas, takkan takda guard? 

Tak pastilah penceritaan apa yang cuba diceritakan di sini. Sepanjang dinding ni penuh dengan ilustrasi bergambar


Mini Angkor Wat
Temple of Emerald Buddha atau Wat Phra Kaew
Phewww! Ramai betul orang. Hakak tengah kesat peluh. Ketiak pun dah basah.

Sesedap je hakak bersandar di Golden Stupa *the smooth bell-shaped tower*

Nampak tak berbondong-bondong pelancong yang datang. Sumpaah crowded giler!

Opss, nampak pulak spek hakak yang sipi-sipi tu



Walaupun kami dah pakai sunblock tebal 3 inci, tetap bahang terbakar rasanya. Inilah masa nak guna payung!

Suami dah cekak pinggang sebab panas berlengas tu. Ini kali pertama dan terakhir datang sini katanya. Hiks Hiks. Putera lilin sangat. Yang sebelah kanan ni tengah mogok lapar katanya!




Inilah Grand Palace, tarikan utama Thailand! Wefie dulu.


Cuaca panas terik tak hengat. Kalau bercadang datang sini, boleh pakai sunblock banyak-banyak. Bawa payung dan pakai baju yang selesa. Sebabnya panas yaaa amats sangat.  Berlengasss satu badan! 

Erkk, bolehla pakai payung kalau taknak muka dan lengan hitam. Oh jangan lupa bawa air sebotol dua  *boleh beli air jus kat pasar tadi* dan bekal roti or coklat. Sini kami tak jumpa makanan halal!

Lepas ni kami nak merayap ke Wat Arun Ratchawararam Ratchawaramahawihan. Tungguuuuu...





No comments:

Post a Comment