@azyyatiliah

Review Tune Hotel Melbourne, Carlton


Assalamualaikum




Nak review sikit Tune Hotel Melbourne. Rupanya Melbourne ada juga Tune Hotel. Ingat ada di Malaysia je. Bila google rupanya banyak je Tune Hotel ni di luar negara. 


Lokasi / Alamat:

Tune Hotel Melbourne, Carlton
609 Swanston Street, Carlton
Victoria, 3053 Australia
Tel: 6 (03) 79625802

First impression bila jejak kaki dalam hotel ni, MasyaAllah! Cantik betul Interior Design nya. Biar betul ini Tune Hotel Melbourne. Standard sangat dah ni. Rejeki. Rezeki. Terus jatuh hati dengan Tune Hotel. Dulu rate bilik di HongKong camni juga tapi hotel dia alahai, lobi pun takde. Kali ni rezeki rate yang sama dapat hotel yang cantik! Untuk 5 hari 4 malam total 463.63 AUD . Nak book kat mane? Sila check sini. Panjang lebor dah bercerita --> PERSEDIAAN KE MELBOURNE, AUSTRALIA

Yay, sampai Tune Hotel. Dalam fikiran dah terbayang katil.

Kaunter check-in & check-out. Mereka friendly. I likeeee!

Lobi tempat menunggu. Sesambil tunggu Bob esok pagi, lehle minum hot coffee.

Kalau takde pakej wifi jangan gusar, ni haaaa surfing la kat sini sampai lebam!

Smoking area tu kat luar. Kelasss!

Kat luar sejuuuuuk. Best betul dapat hirup udara pagi yang segar. Segar ke?

Kalau bawa baju ciput jangan risau, ni ha ada tempat dobi.  Nak gosok baju pun kat sini.  

Cun kan? Kira ada la hikmahnya bila tak dapat Malaysian Hall tu. Terasa nikmat betul dapat stay di hotel yang begitu indah dan selesa ni. Ramai orang Asia stay di sini. Kami tak selisih lagi dengan Malaysian. Kebanyakan Chinese, Taiwanese, Japan or Korea agaknya. Semua muka sepeten susah nak agak. Lagi satu yang bestnya tempat dia strategik sangat. Berdekatan dengan tempat-tempat best dalam Melbourne CBD! Ada masa lapang je mulalah nak ukur tanah nanti. 

Alhamdulillah luas juga. Selesa dah ni!
Bilik air pun ok untuk size macam kami ni

Ok cun. Memang selesa. Shower room pun ada. Hair dryer ada. Toiletries semua ada. Cuma berus gigi dengan ubat gigi takde. Tapi takde hal la tu. Kitorg dah prepare dari Malaysia. Kettle takde ye uols. Part tu memang lecessss sangat. Kene turun bawah *dalam bilik dobi tadi* ambil air kat Stand Water Dispenser kalau nak buat air panas or nak buat maggi. Cup kecik je disediakan untuk ambil air. 

Lebih leceh, jika nak naik atas semula perlukan access card bilik dan kene touch di lift. Jadi makanya, bila suami turun bawah ambil air, terpaksala bergelap sat dalam bilik. So jika plan nak stay sini bawakla thermos or kettle. Amaran: Mesti korang fikir, ala guna je hot water kat sinki tu. No-no-no. Tidak selamat untuk kesihatan tubuh badan uols. Cousin ada explain sebab apa tapi i is forget. Huhu. Sorry!

Yang lain semua tip-top! Towel boleh tukar hari-hari. Pi ambil hari-hari di kaunter check-in. Wifi super fast yang amat. Seronok upload-upload gambar di FB & IG. TV pun ada movie. Aircond pun stand alone. Sepanjang masa memang kitorang off aircond. Jimat letrik. Sejuk. Maklumla tubuhku takdela berlemak sangat, tulang temulang je yg ado. Kalau sejuk tu sampai ke tulang sum-sum. 

Jadi korang yang tak dapat Malaysian Hall jangan keciwa ok. Boleh pertimbangkan Tune Hotel Melbourne sebagai alternatif. Hotel ni dah cukup best di Melbourne. Taknak balik Malaysia plis! *gedik*

Sila cekidout di sini:
http://www.tunehotels.com/my/en/our-hotels/melbourne/

I lap u TUNEHOTEL!

14 comments:

  1. wahh..reviiew yg sgt menatik tenang tune hotel ni..ok..k...noted..nk masuk dalam itie kalau ada rezeki ke sana :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,

      sila, sila..insyaAllah ada rezeki la tu sis ke Melbourne nanti :)

      Delete
  2. Superb!.. memang cantik-cantik interior dalam hotel ni.. =)

    ReplyDelete
  3. sangat detail..mudah untuk dirujuk..saya akan pergi ke melbourne bulan sep ni bersama wife dengan baby umur 4bulan..nak tanyala..kalau pergi GOR better naik kenderaan sendiri atau follow guide tour yea?terima kasih membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam & Hi Tuan Jutawan! $$$$ ;)

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan membantu sesiapa yang nak ke Melbourne kelak. Oh seronoknya nak pergi Melbourne. I miss Melben. Azie cadangkan better ambil tour sebab;
      1. Perjalanan ke GOR agak jauh. Kalau drive PENTING ikut speed limit. Jalan pun bengkak bengkok. Mencabar tu. Belum campur lagi sesat barat. Jadi kena rancang perjalanan betul2. Takut nanti sampai sana dah petang...sedih pulak tak sempat nak melawat Port Campbell yg cantik tu..pastu kene rush balik ke Melben. Ambil tour pun kami sampai Melben semula dah malam.
      2. Pergi GOR dengan tour pun kami dah kepenatan. Apatah lagi drive sendiri.

      Kalau ada backup driver & bercadang overnight di Port Campbell bolehla drive sendiri :)

      Moga membantu.

      Delete
  4. Hi . Nak tanya tune hotel boleh check in sampai pkul brpe? Check in hri tu pkl brpe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sofi,
      ETA Tullamarine Airport 11.30PM. Dengan macam2 kejadian di airport akhirnya check-in Tune Hotel jam 12.30-1AM. Kami mmg inform awal2 pada pihak hotel yg memang akan lambat check-in. Time check-in, ada friendly staff yang tunggu. Semua berjalan lancar dan takda dikenakan apa2 extra caj =)

      Delete
  5. salam, saya nak tahu ada disediakan/ tak parking space kat tune melbourne kalau sewa kereta & drive sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada parking space tak? Im goin on August 2016 with famly...

      wahidkarim55@yahoo.com.sg

      Delete
    2. ada parking space tak? Im goin on August 2016 with famly...

      wahidkarim55@yahoo.com.sg

      Delete
  6. amacam kalo dari airport? easy to fine?

    wahidkarim55@yahoo.com.sg

    ReplyDelete
  7. amacam kalo dari airport? easy to fine?

    wahidkarim55@yahoo.com.sg

    ReplyDelete