@azyyatiliah

#7 Australia 2014 : Day2 Part 1 | Flinder Street Station & Swanston Street


Assalamualaikum

Teaser dulu aktiviti pagi hari kedua di Melbourne.  

1#Persediaan ke Melbourne
2#Berangkat ke Melbourne
3#Review Tune Hotel Melbourne
4#Day1 Part 1 : Great Ocean Road
5#Day1 Part 2 : Port Campbell National Park
6#Day1 Part 3 : Twelve Apostles


Flinder Street Station

Hari ni mahu jalan-jalan ke Philip Island. Bangun Suboh 5am mata dah tak boleh nak tidur. Bangun mandi breakfast siap-siap. Pukul 7.15am suami ajak pergi 7E beli kopi. Rasanya kopi 7E la kopi termurah di Melbourne. Harga kopi 1AUD je. Bunyi macam murah yang amat. Tapi bila convert RM3 la lebih kurang. Jadi datang sini janganlah kita convert ye. Hihi. Lokasi pun tak jauh hanya 10 minit jalan kaki. Keluar hotel pusing kiri terus je ke atas. 


Pokok yang masih togel lagi. Ni mesti sebab baru habis winter. Nampak tram. Sejuknya pagi di Melbourne. 

Coffee 1AUD. Hot Choc 2AUD.  Famous rupanya Maggi kat sini! Halalan Toyyiban kah? Tidak pula ku cekidout.
Oit, sedap sangat ke minum kopi tuh. Feeling habis!

Sampai semula di hotel, coffee pun habis. Bob janji nak datang ambil 10am. Masa banyak lagi. Jadi terus ajak suami jalan-jalan sepanjang Swanston Street ni. Suami pun ok. Jom cuci mata tengok apa yang menarik.

Nampaknya pagi ni cuci mata tengok bangunan je kita. Berjalan sampai nampak Flinders Street Station. Tak sedar dah berjalan kaki sejauh 1.8km dari Tune Hotel tu. Berjalan santai-santai je nak sampai sini. Eh-eh tiba-tiba nampak bangunan ACMI (Australian Centre for the Moving Image).  Dari jauh dah nampak uniknya bangunan ni. Tak sempat nak explore. Kene patah balik ke hotel dah masa ni. 

Sekali pandang dah macam Bangunan Sultan Abdul Samad pulak. Hihi


Inilah tram pengangkutan utama di Melbourne CBD. Nak naik kene beli MyKi dulu 



RMIT University 





Bangunan glow in the dark






Perasan tak awan setompok kat atas tu. Unik betul. Eh-eh ada kereta kuda lalalala


Jom pergi try test LORD OF THE FRIES. Fries ni famous di kalangan blogger yang pernah datang Melbourne. Setelah lama berfikir akhirnya kami order French Canadian sauce. Hmmm..rasa nya so-so je. Portion agak banyak nih walaupun share 2 orang. Ini saiz regular. Paling kecil dah tu. Sudahnya tapau bawak g Philip Island

Beriya tunjuk menu. Malaysian sauce pun ada dalam menu. Ngeh.Ngeh. Hmm mesti ramai rakyat Malaysia yang datang Melbourne singgah sini agaknya. Malaysian sauce ada cili.



Pagi ni dah exercise 3.6km jalan kaki. Tapi tak terasa jauh pun. Kalau kat Malaysia tu jalan 1km pun dah basah ketiak. Melbourne CBD bandar yang menarik! Boleh nampak struktur binaan bangunan di sini pelik tapi mengkagumkan. Itu yang menjadikan ia Melbourne CBD ni kotaraya yang unik dari segi arkitekturnya. 

Pagi begini kelihatan ramai juga penunggang basikal. Pergi kerja barangkali. Memang ada lorong khas untuk cyclist ni. Untungkan. Keselamatan penunggang basikat diberi keutamaan juga. Paling superb, jalan kaki di sekitar Melbourne CBD ni amatlah selamat. Tak perlu ragu lagi. Ramai pejalan kaki. Penunggang motosikal ada. Tapi motosikal berkuasa tinggi. Itu pun jarang-jarang muncul. Maknanya tiada kes ragut-meragut seperti Malaysia negara tanah tumpah airku. Hiks.

Seronok pulak berjalan kaki area city. Ok nanti sambung lagi jalan kaki Day 4 nanti ye. Now kena balik hotel. Nanti Bob ternanti-nanti pulak. Sampai hotel 10 minit jam 10am. Tiba-tiba Bob pun sampai. Macam awal pulak Bob hari ni. Hari kedua ni nak pergi Philip Island. Nak jumpa kangaroo, koala dan penguin :) 

Philip Island mu tunggu aku nak datang ni!

No comments:

Post a Comment