@azyyatiliah

#13 Australia 2014 : Day 5 Part 1 | The University Of Melbourne


Assalamualaikum

Hari ini nak jalan di Melbourne University. Jom!

Hari ini hari kelima di Melbourne. Sedih sungguh memikirkan yang esoknya dah nak balik. Panjang umur murah rezeki kita datang lagi. Hari ni terasa nak jalan-jalan di 'The University of Melbourne'. Tak jauh dari hotel kami pun. Laluan biasa tempat kami beli coffee di 7E. 


Sunyi sepi je kawasan uni ni. Hmmm cuti springbreak kot. 

Seronok duk lepak-lepak kat sini dengan suami. Ok jugak sambung belajar nih. Jadi student balik. Takde orang oii.

Pokok ni la yang kitorang duk tenung lama tu. Lengang kan? Ya Allah damai nya suasana. 

Lompat sekuat hati. Lompat setinggi yang boleh. Aku bahagia!!

Dalam duk ronda-ronda kawasan uni ni, terjumpa pulak bangunan ni. Ok pelik sangat. Art katanya.
"The Ian Potter Museum of Art, established in 1998 is an art museum at the University of Melbourne in Melbourne, Australia"

Kalau Autumn mesti cantik nih.

Taktaula bangunan apa ni, tapi dalam uni.

Masuk-masuk uni, jumpa ini. 1888 building.


The University of Melbourne katanya universiti terbaik di Australia dan menduduki carta ke 37 universiti terbaik dunia. Hebat bunyinya kan? Untung pelajar Malaysia yang berpeluang belajar di sini.  Dahla lokasinya di tengah bandar Melbourne.  Kalau nak tahu Melbourne ini ibu kota Victoria. Melbourne pernah dapat gelaran “The Most Liveable City in 2012″.


Lokasi UniMelb ni ada dalam tujuh wilayah di Victoria iaitu di Burnley, Dookie, ParkVille, Creswick, Sheppaton, Southbank dan Werribe. Bangunan UniMelb ni banyak yang klasik design nya. Tujuan asal cari UniMelb ni nak cari bangunan yang macam 'Hoqward' dalam Harry Porter. Tapi rasanya salah lokasi ni. Hehe. Bangunan tu berada di lain lokasi. Ok takpe maybe next time kita pergi.


Satu lagi tempat yang nak sangat pergi Victoria State Library. Takda rezeki nak jejak masuk. Orang kata dalam tu cantik. Kalau ada anak-anak yang dah besar sikit, tak salah bawa masuk dalam Victoria State Library ni. Mana tahu kot-kot tertanam azam nya satu hari nanti nak datang belajar di sini. 


Dah puas lakukan rondaan dalam UniMelb ni, kami nak gerak ke tempat lain pulak. Barulah nampak ramai student. Ada registration day rupanya. Nampak gaya macam fasi tengah duk tunggu para junior. Seronoknya bila teringat balik zaman uni life. Hihi.

Oklah pasni jom terus ke Melbourne City.


12 comments:

  1. Ohhh students cuti. Patutlah lengang je :)

    ReplyDelete
  2. Salam blogwalking here :)

    cantiknya campus! calm je rasa

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  3. hehehe brapa banyak coat bawak ? =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti,

      Satu je coatnya. Sebab tu asik ulang yang sama je :)

      Delete
    2. jap.. rasanya mcm notice 2/3 outer wear bukan eh..

      Delete
    3. Siti,

      Sempat pulak dia perati outer wear :) Coat nye 1 aje. Yang purple tu baju biasa. Nipis. Boleh pakai di Malaysia. Satu lagi pinjam suami punye(bila dia tak pakai). Hehe.

      Delete
  4. cantiknya ^^ thank you sharing , dah lama ada cita2 nak blajar kat sini :D kena usaha lebih ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bella,
      Mudah2han Bella berjaya melanjutkan pelajaran ke sini nanti! Bessstnya kalau dapat jadi student di Melb Uni! #goodluckBella =)

      Delete