@azyyatiliah

Shopping di Seksyen 7, Shah Alam


Assalamualaikum



Quick update. Since Azie tinggal di area Puncak Alam ni, memang dah takpergi dah Jalan Tar. Jauh sangat ok. Azie nak share satu tempat best shopping area Shah Alam. Mahu shopping tudung, shawl, baju kurung, telekung, baju-baju muslimah, dress muslimah, jubah terus je ke Seksyen 7, Shah Alam. Nak raya hari tu pun memang shopping kat sini je. Seriously, Seksyen 7 Shah Alam ni tak kurang hebatnya. Kalau datang sini, wajibla shopping. Tak pernah pulang lenggang kangkung. Pasti ada je benda yang nak dibelinya. Jadi bawa bekalan wang secukupnya tau. Kalau tak cukup, bawa suami sekali. Mana tahu suami sudi bayarkan. Ahaks!


Meh sini Azie senaraikan brand / jenama atau butik yang ada di Seksyen 7. Antaranya Radiusite, Sugarscarf, Pearl Haya, Fareeda, BellaAmmara, Dreemika, RinaSalleh, Hatta Dolmat, Jovian Mandagie, Saraya Zahret, Ariani, Gulatis, Jakel, Calaqisha, Zawara, Mawaddah, Takzim dan eh macam-macam lagi. Rasanya semualah ada. Memang puas hati.


Masa mahu tulis entry ni duk tercari-cari jugak gambar area Seksyen 7. Rasa macam banyak je snap haritu. Gambar Jovian Tower pun ada. La ni takjumpa pulak. Yang ada 2 ketul ni je. Nanti Azie update lagi jika jumpa ok.

Happy me yang shopping sakan.




So, silalah jenguk ke Seksyen 7 ye. Pasti sengih macam Azie juge nanti. 

2 comments:

  1. Akak jarang shopping di sana. Tapi memang tak yah turun KL. Apa nak semua ada kan,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kak Farrah. Tempat makan yang best2 pun banyak sangat kat seksyen 7 tu.

      Delete