@azyyatiliah

Oh Madison Classic!



Assalamualaikum.


Pernah dengar jenama Sugarscarf? Salah satu fesyen tudung fofular masa kini. Kisahnya ini adalah pengaruh Instagram. Asik cuci mata aje di IG.  Maka AL pun terjebak sama. Tengok model-model sugarscarf ni cantik jelita tatkala memakai hijab Madison ni. Tengok cara pakai pun macam mudah, senang & praktikal gitu. AL tidak mahu beli online. Khuatir sangat material indah khabar dari rupa atau tidak sesuai dengan muka (sebab nampak inner di luar). Harga pulak boleh tahan mahalnya. Madison Classic RM79. Madison Sofea RM89. Perbezaannya, yang Classic tu material inner cotton dan yang Sofea material inner Satin (di bahagian depan).


Ambil kesempatan promosi raya, AL dengan suami gigihla ke Seksyen 7, Shah Alam untuk tengok dan cuba sendiri  Madison yang digilai ramai ni. 


Masa ni banyak lagi warna yang ada!


Gigih memilih warna yang sesuai. AL pergi ketika waktu bekerja. Uihh lapang butik takde orang.



Butik assistance yang sangat manis, sweet & helpful gitu. I like!



Madison Classic & Madison Sofea. Oh, i'm in love! ** me sangat naked face**



Julliet -RM89 -lycra express shawl 


Masya Allah dah pakai ini rasa macam jatuh cinta sangat! Patutlah digilai ramai. Patutla sold out sangat. Material pun elok. Sedap & selesa pakai. Jahitan kemas. Bila pakai terletak gitu. Yang penting memang mudah sangat nak melilit. Bagi yang tak pandai melilit, nah beli ni! Sudahnya Ramadhan dan Syawal ni dah berkali-kali ulang alik ke butik duk beli Madison & Julliet. Beli untuk diri sendiri dan untuk memenuhi pesanan2 wanita di luar sana yang mahu gojes juga. 

Pssstttt... kata mereka warna-warna latest akan keluar sebelum Raya Haji ni. Jadi Tunggguuuuuu!

Cawangan Sugarscarf

BRANCH SHAH ALAM, SELANGOR
12A ( First Floor ), Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor

BRANCH WANGSA MELAWATI, KUALA LUMPUR
No 48, Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur
BRANCH JOHOR BHARU, JOHOR
12 jln padi Emas 1/5, Banda Baru Uda, 82100 Johor Bahru ( di kawasan jakel bahagian belakang )


Mahu beli online? Terus je  ke http://sugarscarf.com/ 

Cara gantung? Nanti kita share later ok. So uols, jomla reramai kita ber'Madison' : D

1 comment:

  1. Assalam sis...kot2 ada nk letgo preloved madison sugarscarf beritau akak ye. Mencari old batches 😁. 0192100211

    ReplyDelete