@azyyatiliah

Iftar Ramadhan di The Curve



Assalamualaikum


Eh apa kes iftar tetibe? Ini cerita #throwback ye. Ingat Instagram je ada throwback-throwback ni. Blog pun boleh. Kesnya sebab tak sempat nak hupdate bulan Ramadhan kita hanya sempat hupdate di bulan Syawal. Maka throwback la jadinya. 


#throwback Ahli jemaah semua adalah rakan-rakan rapat masa di UPM dulu. Semua ahli jemaah bersetuju untuk iftar di The Curve. Tempat strategik lah kononnya. Restoren pun variety. Satu lagi kes memang we all ni tak book tempat nak berbuka. Sudahnya kehulu-kehilirla mencari mana2 ruang kosong. Sudahnya dapatla TGI Friday ni. Sebelum berbuka wajibla wefie / self-us **dah macam2 terma keluar**  dulu.


Lokasi: TGI Friday, The Curve


Sesudah berbuka dan selesai solat, kami pun gerak cari tempat makan. Semua ahli jemaah setuju nak try makan di Warung LEKO. Hajat di hati masing-masing mahu makan IGAR PENYET dengan PISANG CHEESE. Tapi semua pun dah habis! Nak hentak-hentak kami pun tak guna maka makanlah apa yang ade dengan perasaan redha. Warung LEKO kat sini kurang menarik dibandingkan dengan LEKO di Sungai Buloh tu. **siap ada adegan pinggan jatuh terhempas**


Lupakan semua tu.. mari kita bergambar lagi dan lagi dan lagi...

Lokasi: Warung LEKO, The Curve


Wajah-wajah sahabat saya yang semuanya manis macam gula :)


Entree done. Main course done. Now let's dessert! Sebulat hati semua nak makan di DipnDip. Truly sinful place to have a dessert ok. Self-us again. Ampun! Mereka ini meriah orangnya. Hihi.

Lokasi: DipnDip, The Curve


Brownies Crepe - RM28.50



Super Satisfied Fettuccini Crepe - RM29



Chocolate Brownies - RM11






Malam tu memang chocolate overload sangat! Masing-masing pulang kekenyangan. Sebelum pulang wajibla bermaaf-maafan dan berpeluk-pelukkan (sesama wanita only!) sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba.


Selamat Hari Raya Aidilfitri!

No comments:

Post a Comment