@azyyatiliah

Aidilfitri 2014



Assalamualaikum.


Syawal dah habis tapi tak terlambatkan mahu update cerita raya -D Salam Aidilfitri buat semua.  Saya memang suka 1 Syawal ni. Pasti akan luangkan masa untuk tatap wall Facebook yang kesemuanya dipenuhi dengan gambar-gambar raya. Penuh kegembiraan mereka kongsi foto raya bersama keluarga dengan pakaian sedondon dengan pelbagai pose dan gaya. Pelbagai status. Yang pasti semua penuh ceria dan gembira. Buat sekian kalinya tiada yang bercaj negatif semua status bercaj positif! Sangat menggembirakan hati saya! Ok kelaut pulak cerita.


Beberapa hari sebelum raya, kami sekeluarga kehilangan atuk a.k.a Tokki tersayang. Al-Fatihah. Moga Tokki ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Moga Allah ampunkan segala dosa-dosanya, moga Allah lapangkan dan terangkan kuburnya, moga Allah tempatkan Tokki di bawah lindungan Arash-Nya, moga Allah bangkitkan Tokki di alam akhirat sebagai mukmin yang soleh, moga Allah beratkan timbangannya dengan amal kebajikan, moga Allah permudahkan  Tokki melintasi titian Sirat-ul-Mustaqiim dan seterusnya moga Allah tempatkan Tokki di dalam Syurga Firdausi kelak. Aminn Ya Rabbal Alamin.  **sedih**


Raya tahun ni kami beraya di Terengganu bersama ayahbonda dan saudara mara. Kami beraya sederhana sahaja. Kalau Terengganu juadah utama di pagi raya pastinya Nasi dagang ikan tongkol atau laksa kuah masak. Bila ziarah rumah ke rumah pasti bertemu rendang ayam mahupun daging, nasi impit kuah kacang, lemang yang enak berkrim, nasi arab, nasi minyak, nasi tomato dan segala! Laksa kuah masak, kuah putih a.k.a laksa terengganu, laksam pun jadi juadah 1 Syawal jugak. Memang terkejuut perut!


Perkara yang paling excited nak buat di pagi raya ialah solat sunat Hari Raya. Masya Allah, di Masjid Kelulut Terengganu, melimpah ruah umah Islam menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri. Baik perempuan mahupun lelaki. Feeeeling dia lain macam sangat.


Yang pastinya ketika raya / 1 Syawal / Aidilfitri dalam 1 hari tu kita akan jumpa / berukhuwah dengan ramai saudara mara yang kadangkala lama kita tidak berjumpa, lama tidak ketemu, lama tidak mendengar khabar berita ataupun ketika itu baru kita tahu rupanya kita ada pertalian saudara.  Begitu indah dan istimewa sungguh 1 Syawal ni.


Banyak sungguh gambar hari raya,  ikutkan hati mahu tampal semua gambar raya! Tapi takpe AL kongsikan yang terpilih sahaja.







Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin :D


No comments:

Post a Comment