@azyyatiliah

Sambal Sreng & Sambal Gereh


Assalamualaikum.


Pernah dengar atau pernah tengok tak sambal sreng dan sambal gereh? AL lahir di pantai timur, membesar di pantai barat dan pernah bersekolah di Johor, pernah belajar di Utara dan wahhhh satu Malaysia! *motif?!*


Sambal sreng dan gereh ni sambal jawa. Tak pasti jawa Selangor or jawa Johor. Huhu. Dulu bersekolah kat Johor tak pernah pulak jumpa sambal ni. Yang AL tahu semua bercicahkan kicap. Goreng pisang sambal kicap, tempe dengan kicap. Ok-ok sebenarnya sambal ni pernah dipromosikan di FB Saiful Nang. Maka secara tiba-tiba BOOM! gittu. Ramai pulak yang duk cari-cari sambal ni.


Tadaaaa....memperkenalkan SAMBAL JAWA....

SAMBAL JAWA TERover PEDAS, RESEPI WAK NANG
Tagline: Mendidih di mulut, nikmat di perut
Kredit: FB SambalSreng


Uh-OH lupa nak bagi tahu yang 'actually' ada 2 jenis sambal yakni 
SAMBAL SRENG WAK NANG (sswn) dan SAMBAL GEREH NENG YATIMAH (sgny)

Sambal gereh (ikan masin+bawang potong+cabai ijau)
Sambal sreng (ikan bilis+cabai ijau)
Kredit: FB SambalSreng


AL dah rasa kedua-dua sambal ni. Harga RM13. AL beli dari ejen mereka di Sungai Buloh dan Puncak Alam;
Facebook -->Srengster Sungai Buloh & PuncakAlam 
IG --> Goodgoodang https://instagram.com/goodgoodang/
Mereka COD di area Puncak Alam, Saujana Utama, Kuang dan area UNIKL. Kawasan-kawasan berdekatan pun mereka boleh pertimbangkan untuk COD. Yang bestnya mereka ada buat postage ke seluruh Malaysia! RM6 (Semenanjung) untuk 2 botol. 


Sambalsreng Kredit: FB SambalSreng


AL buat cicah lempeng! Gabung kedua-duanya sekali. 


Rasa sambal sreng ni memang sedap & pedas! Sambal sreng di diperbuat dengan ikan bilis saiz comel2 diadun dengan cili hijau yang terpilih. AL makan dengan lempeng, cekodok bilis, letak dalam nasi goreng, makan dengan nasi panas, makan dengan roti, mak aii bertambah-tambah makan. Lagi haru boleh jadi ketagih dan makan tak berenti. Layan sangatttt ok! 


Sambal gereh ni pun sedap. Sebabnya dia ada bawang potong dan cabai ijau potong. Tak sepedas sambal sreng tapi argghh rasa memang ada. Masin secukup rasa gittu. Ikan masin sambal gereh ni ikan duri. Makan ni kene hati-hati sebab ada tulang. AL makan dengan roti gardenia tanpa sedar dah abis setengah bungkus! Dan terus order dan order lagi...... terima kasih BELLEZABIZZ kerana memudahkan AL untuk order. 


Akhir kata..

Kredit: FB SambalSreng


Selamat bersambalsreng dan bergereh!


2 comments: