@azyyatiliah

Part 3 : Berlibur Sakan di Universal Studio Singapore (USS)


Assalamualaikum


Ini sambungan dari Part 2. Bila sampai USS jangan lupa ambil map! Untuk tahu lokasi dan kedudukan anda. Paling penting kene tahu jadual show untuk hari tersebut. Takda makna datang USS tapi tak tengok show2 yang dicanang-canang best giler itu. Jadual show ni boleh ambil dalam Mel's Drive In.

Jejak je kaki dalam USS, wajibla berselfie bagai dulu. Almaklumlah dah ada monopod. Ape ingat kami sorang je bermonopod bagai? Ewah ramai okey! Semua dengan tiang-tiang camera masing2. Yang pastinya semua tu dari Malaysia. Takpun Indonesia. Haha. Pakcik2 dari negara India duk tengok kami macam tak pernah tengok pulak aksi2 selfie. Nak pinjam monopod ke uncle?

Suami dah excited tak boleh blah nak naik Transfomers Ride. Bile tengok pulak jadual show kebetulan Monster Rock dah nak start. Masuklah kami dulu dalam Pantages Hollywood Theater. Alah kan ada Universal Express apa nak heran. Serius kalau anda ambil pass ni memang ada laluan khas. Umpama VIP gitu. Memang tak perlu beratur, masuk aje. Takpayah nak rebut2 dengan orang. Duduk pulak barisan depan-depan. Oh mudahnya dan terasa ke-VIP-an! 


Jom kita zoom in setiap zon dalam USS! Layanlah gamba-gamba sampai lebam. 





HOLLYWOOD

Zon pertama.  Apa yang menarik?

1. Monster Rock - Pertunjukan live di dalam teater yang muat kira2 1500 orang. Pertunjukkan muzik rock n roll daripada drakula, mumia, frankenstein yang menyanyi-nyanyi, berdansa-dansa dengan lagu-lagu yang biasa kita dengar. Takla menarik sangat pun. Tapi layankanlah ajer. 

2. Mel’s Dinettes

Character Meet & Greets

Walk of Fame - Hollywood Boulevard
Meet the Minions from DESPICABLE ME

Jom layan gambar-gambar di Hollywood!








NEW YORK

1. Lights, Camera Action! Hosted by Steven Spielberg – Konon-kononya anda di New York dan ketika itu ribut taufan melanda New York. Ada angin kencang, api.  Jatuhan kapal. Kami berdua kene sembur kat sini sampai basah baju! Tula duduk tempat strategik sangat. Very nice!

2. Sesame Street Spaghetti Space Chase - misi menyelamatkan spaghetti. Semua orang kena naik roller coaster dan ikut cerita misi itu. Boring giler yang amat. Seronoknya jika ada Aleesya.

3. The Rockafellas - mereka nyanyi lagu-lagu oldies. Nyanti atas stage. Ade videonya. Nak tengok ker?

4. Sesame Street Stage Shows - olololo mengembalikan kenangan ketika kanak-kanak









SCI-FI CITY

1. Battlestar Galatica: CYCLON (roller coaster warna biru) - Tutup!

2. Battlestar Galatica: HUMAN (roller coaster warna merah) - Tutup!

3. Transformers The Ride: The Ultimade 3D Battle - Pertempuran bersama Optimus Prime melawan robot-robot lainnya. Guna kacamata 4D. Ada la rasa angin-angin tu. Efek jatuh dari gedung bertingkat, tersedut pusaran angin, langgar bangunan. Memang terbaik lah yang ni.

4. Accelerator - Permainan berputar-putar di dalam sebuah mangkuk. Kalau rasa nak pening kepala pusing-pusing sila naik ini.


Character Meet & Greets
AUTOBOTS, Roll Out!













ANCIENT EGYPT


1. Revenge of the Mummy - roller coaster laju dan sekejup je. Ada reverse ke belakang.

2. Treasure Hunter - Suami kata tak berfaedah langsung naik benda alah ni. Alahai!













THE LOST WORLD 

Ada 2 bahagian - Jurassic Park dan WaterWorld

1. WaterWorld Show – Show menarik dan berbahaya dengan latar belakang berdasar film WaterWorld. Banyak adegan dan ledakan berbahaya dalam show ini. Siap ada delay pulak tu kerana ada kesilapan teknikal. Di sini ada 4 zon ye. Zon basah kuyup, zon basah sikit-sikit, zon percik-percik je, zon kering. Dah tulis dah kat tempat duduk tu. Kalau rasa nak basah kuyup haa silalah pergi duduk zon berkenaan. Takpun pakailah rain coat. Mereka purposely simbah anda semua! Air penuh satu baldi lagi mereka simbah. Memang luculahhh!

2. Jurasic Park Rapids Adventure – Jeram di sungai zaman dinosaurus. Anda akan basah disimbah air di sini. Jadi jangan bawa kamera.

3. Canopy Flyer -Nikmati pemandangan dari atas udara. Seolah-olah terbang macam burung. Dahla laju. Kaki tergantung. Memang seronok!

4.Dino-Soarin - Permainan yang sangat membosankan. Hahaha. Ini sesuai untuk kanak-kanak. Bukan kami berdua yang dah 30-an ni. Adeh! Sebabkan naik ni tengah panas terik, maka saya demam panas 2 hari.





FAR FAR AWAY

Negeri Far Far Away, tempat Shrek, putri Fionai, dan Donkey tinggal.

1. Shrek 4D Adventure - Film 3D tentang putri Fiona, Shrek, Donkey dan naga. Disebut 4D kerana ada elemen-elemen kene percik dengan air, dan ada angin sehingga seakan-akan berada dalam filem ini. Ada juga sentuhan2 di kaki. Seronok!  
*rasanya magic carpet di Genting lagi extreme. Walaupun duduk di kerusi, tapi anda perlu pakai seatbelt.

2. Donkey Live Show lucu yang dibawakan oleh Donkey - Taksempat nak tengok. Lapaq ketaq dah.

3. Enchanted Airways Roller coaster kecil untuk anak-anak




Jom layan lagi gambar-gambar lain sampai lebam!






Ok dahla tu. Lepas ni sambung citer makan-makan dan shopping dalam USS pulak yer!

Terima kasih kerana sudi menjenguk :)


4 comments:

  1. Patut gi sini dulu baru HK… bila dah pi HK yg ni dah biasa2 ja… hehehehe…

    ReplyDelete
  2. bestnyer baca itenary u.tq sis🖒

    ReplyDelete
  3. Salam sis, nak tnye. Ticket add masuk uss beli kat mne? Saya before this pernah pergi tp dari jb. Kali ni naik flight. Kalau tak kisah tolong kongsikan :)

    ReplyDelete