@azyyatiliah

#7 Hong Kong Day 5 - Part 2 - Victoria Peak, Sky Terrace

Assalamualaikum


Masih lagi di hari yang sama. Jumaat, 21 Feb 2014. Perut dah kenyang. Maka kami pun nak pergi ke The Peak Tram untuk naik ke Victoria Peak. Tiket sudah beli, sayang pulak kalau tak pergi kan. Dari Islamic Centre Canteen, camne nak ke sana? Kami jalan kaki je dari MTR Admiralty.

1. Pergi ke MTR Admiralty. Exit B
2. Pergi kiri, naik walkbridge. Di atas ni ada signboard ke Peak Tram
3. Cross seberang jalan, naik bukit (Menara Bank Of China Tower ada di belah kanan anda)
4. Terus jalan naik bukit ikut signboard Peak Tram
5. Peak Tram belah kanan. Perlu seberang jalan untuk ke Peak Tram


Jika mahu naik bas, boleh je naik di sini. Kalau mahu jalan kaki dari MTR Admiralty pun akan lalu sini juga. Ini depan Lippo Centre.


Bas ke The Peak


Bangunan ape takpasti


Menara bank Of China, Hong Kong


The Peak Tram
"PEAK TRAM – The Peak Tram climbs seemingly almost vertically from its lower terminus next to Hong Kong Park to the Peak Tower in an exhilarating seven minute ride with spectacular views." - http://hongkongextras.com/the-peak.html 


Raminya orang!

Sungguhla ramai orang, time peak hour begini sesiapa yang ada tiket combo 3 in 1 (The Peak Tram, Sky Terrace, Madame Tussauds) memang boleh lalu special lane. Bolehla jimat setengah jam kot. Beratur tetap perlu beratur.


Ini la pemandangan ketika menaiki Tram.



Suasana dalam Tram.


View from the Sky Terrace sebelum senja. Tingginya 428m dari paras laut. Boleh nampak
360-degree panoramic view across the Hong Kong


Menjelang senja. Cantik nampak laut, nampak bangunan. Tapi sejukkk bangat nih!


Nampak tak semua berpusu2 amek gamba. Siap selfie lagi.


Patung lilin Bruce Lee. Wachaaa!!


Esoknya kami check-out dan pulang ke Malaysia! Ya Allah, kami nyaris tertinggal flight! Memang dah final call orang kata. Memang kami due2 berlari sekuat hati selaju macam dah tak cukup tanah! Mujurla semua barang2 dah letak dalam luggage dan check-in awal2. Boarding nye je lambat. Tak sangka la pulak jauh sangat nak ke tempat boarding Air Asia ni. Kene naik 2kali train. Tempat boardingnya pulak hujung airport.  So anda sila masuk awal2 ye. Kalau ibu mengandung atau yang ada anak2 kecil, cmne nak lari? 

Kesimpulannya memang best sangat trip ke Hong Kong ni. Lebih2 lagi bersama suami.  Travel hanya berdua. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Apa yang kami plan semua berjalan lancar. Tempat2 yang mahu pergi semua sempat dilawati. Memang best & puas hati *masing2 turun berat (kg) balik dari HK ni. Hehehe....

Cuma.....semua gamba2 ni hanya diambil menggunakan camera phone sahaja. Maafkanla kualiti gamba yang tak berapa menarik. Nampak noise sana sini. Bolehla pulak tertinggal DSLR di rumah. Coiiii!

In Sya Allah panjang umur ada lagi satu trip menanti. Aussie, mu tunggu kami datang! Maka...marilah kita start menabung!











No comments:

Post a Comment